Friday, 10 April 2015

Catatan kuliah tok guru (021)

Catatan kuliah tok guru (021)
10 mei 2013.

Benda hak(yg) kita ngaji(belajar) quran. Kita baca quran.kita kuliah quran, hak tulo jah( yg sama) dengan hak kita ngundi(mengundi), hak kita mengundi baru ni, dengan hak quran ajar hak tulo. supo kita(Contoh), nak belejar masak, tukang masak dia tunjuk dulu, ni bawang,dia tunjuk rempah, dia tunjuk asam, ku wah (lengkuas). Lepas dia tunjuk, dia ambil kuali, masak, hak tulo jah.
Kita baca quran dan ngundi hak tulo, sebelum mengundi kita tahu dah kita nak bentuk kerajaan,kerajaan lagu mana(macam mana), kerajaan serupo hak quran ajar. Tapi tak ada arah(apakan daya) negeri negeri Islam di seluruh dunia dijajah oleh barat, yang kafir, amerika yang kapir(kafir) jerman, prancis yang kafir. Beratus tahun jajah negara Islam, akhir sekali nya(menyebabkan) genarasi yang baru, celik-celik (mula hidup dengan) tengok orang putih,prancis,jerman. Maka orang Islam terbawa-bawa dengan apa yang diajar oleh penjajah. Orang tanah melayu dijajah oleh orang putih beratus tahun, jadi generasi baru tengok orang putih, orang putih tak sembahyang, dia pun tak sembahyang. Orang putih minum arak,dia (pun) minum arak. Dia (orang) islam tapi dia berasa dia orang putih. Orang putih joget, dia joget. Orang putih buka lesen judi, dia buka lesen judi .
Orang putih orang putih(semua orang putih) gat(tambahan pula) orang putih ni cerdik. Tak serupa jepun, jepun ni dia tapar(tampar) orang. Kurah kurah,peng tapar. Yang menyebabkan (dalam tempoh) 3 tahun lapan bulan 24 hari, jepun lari. Orang putih tak tapar, mu nak sembahyang tak apa, tak sir(tak ingin) sembahyang tak apa. Ini cara orang putih mengubah kepala orang islam. Akhirnya orang putih kata, agama lain politik lain, orang melayu pun kata lagu tu juga(sama). Jadi menyebabkan huru hara.
Loni(kini) alhamdulillah.
(4:37) bersambung...
catatankuliahtokguru.blogspot.com

Thursday, 2 April 2015

Catatan kuliah tok guru(020)

Catatan kuliah tok guru(020)
(catatan kali ini mengunakan bahasa yang baku)


Tiga belas tahun nabi berdakwah, berdasarkan tiga perkara iaitu, dunia hukan milik kita, tapi milik Allah. Iaitu tauhid uluhiyyah. Seramai-ramai manusia yg hidup di atas dunia ini hanya seorang gang Allah pilih sebagai guru, sebagai pemimpin iaitu nabi muhammad saw. Kenapa dipilih nabi muhammad, dan sengaja nabi saw tidak dapat menulis dan membaca, kerana ilmunya datang terus daripada jibril as. Al-quran diturun kepada nabi saw, agar mengeluarkan manusia daripada gelap kepada cahaya.
Kita tinggal di atas dunia ini, saya datang ke sini, kerana program saya ialah mengajar. Ada yang bertanya tok guru nak ke mana tu. Saya bagi tahu nak pergi beri kuliah. Soalan balik, anda datang ke sini, tujuan apa, kerana ingin mendengar kuliah. Ringkasnya, saya turun dari rumah ada tujuan, dan anda turun dari rumah ada tujuan. Tujuan yang pelbagai, ada yang ingin mendengar kuliah, ada yang ingin membeli, ada yang ingin jumpa kawan. Satu persoalan, apa tujuan kita dilahirkan di dunia ini, tidak ramai yang tahu, tiba-tiba sudah besar dewasa. Ingat senang, boleh cakap macam tu sahaja. Untuk hidup atas dunia ini, kita memerlukan bumi tempat berpijak, perlukan cahaya matahari, perlukan beras untuk makanan, ikan, jagung dan oksigen. Semua perkara ini tiada siapa yang dapat menciptanya kecuali Allah taala. Tidak dicipta oleh ibu bapa, kerajaan atau parti, hanya Allah yang mencipta. Ini lah tanda Allah maha pencipta, membuat bumi, dapat berpusing selama 24 jam.
Manusia yang cerdik tidak membuat sesuatu kerja tanpa sesuatu tujuan. Contoh, jika keluar dari rumah kemudian ada orang bertanya nak ke mana tu, lalu dijawab, entah lah, tak tahu nak ke mana. Maka itu tandanya orang itu tidak cerdik. Sepatut dia ada tujuan, nak ke bilik air, nak jumpa mamat,
Allah taala, maha bijaksana, bila dia buat sesuatu. Dia buat ada tujuan, bukan sia-sia.

Wednesday, 1 April 2015

Catatan kuliah tok guru (019)

Catatan kuliah tok guru (019)

Jangan sekali kita buat mungkar.anak mu nanti akan jadi peragai serupa yahudi,perangai serupa nasrani. Zaman hari tu ada yahudi,gapo semua sekali(lain-lain).Zaman kita loni(di sini) tak ada yahudi, tak ada nasrani. Mak pa lah yang ajar jadi sekular, undi tak turut Islam, jadi ada punca (sbb tak undi islam) para hadirin sekelian.
Imam Ghazali walaupun dia orang tasauf, tapi pada masa yang sama dia juga ahli politik, dia sebut benda tadi,yang menulis dalam ilya ulumiddin bahawa kita kena reti(tahu) dunia adalah ladang untuk(hasil) di akhirat. Bukan ladang untuk dunia dak.
Serupa sehari dua ni(terkini), kita ada minyak petrol, kita ada petroleum,gas, di kelantan ni. Harta kelantan banyak duk tapak, tupat(berkumpul) di kuala lumpur. Orang kuala lumpur(pusat) kata kita wi(bagi) dah ko kelantan. Kelantan,kelantan ni, ambo, ambo kata, ketua kerajaan ni ambo, bui(beri) ko sapo diah(dia). Nak wi ko jpp, jpp tidak ambo. Pusat wi ko orang pusat, bukan wi ko orang kelantan. Kita royat(bagitau) lagu tu(spt itu ) menun (termenung memikir ), menun lah akhirat nanti kena soyot(koyak) mulut tu. Harta kelantan kena wi ko ambo bakpo bagi kepada jpp, jpp tu pusat. Ha nak royat gapo akhirat kelak, senyap. Senyap tak po lah atas dunia ni, akhirat kelak senyap juga nya tampar ko(terima hukuman) Tuhan. Soyot mulut mu tu.
Yang kedua, para hadirin semua iaitu Islam. Islam ni menerang segala perkara, Tuhan turunkan quran pada muhammad saw, tibyan, terang segala perkara. Ertinya Islam ni bukan atas masjid jah dak(sahaja), di masjid Islam cara masjid, di market Islam cara market, di ladang Islam cara ladang, di rumahtangga Islam cara rumwh tangga. Tak ada benda(perkara) hak Islam tinggal(tdk meliputi). Royat semua segala perkara.
Sebab itu nabi saw kita hidup (bawa Islam) 23 tahun. Di mekkah 13 di madinah 10 tahun. di mekah ni sembahyang bang(beribadat solat) pun dak, 13 tahun. Sembangyang bang ni di hujung waktu nabi saw di mekkah. Hujung tu nabi saw kita dibawa ke langit malam israk mikraj. 12 tahun tak sembahyang, kerja gapo 12 tahun, (mencerita) aqidah , pastikan aqidah. Akidah ni makna apo, akidah ni benda yang disimpul, supo(serupa) kita kata akad nikah, akad nikah ni bukan angkat tikar bakul, tapi maknanya simpul. Mamat simpul dengan timah. Mamat mu jangan gi kolain( ke tempat lain) , jaga timah, molek. Timah mu jangan ngarut (berhubung) dengan jantan(lelaki) lain, jaga mamat. Ikat.
Akad jual beli, kita wi(beri) pitih, dan ambil barang. Bila ambil barang tak leh ambil dah(ambil semula). Kenapa, sudah simpul dah. Barang ni, tape(tapai) ni hak ambo, duit ni hak mak cik. Sebelum kita bagi, kita ambil barang orang tanya dulu berapa harga. Pah tu bismillah, hak ambil duit ni.
(39:56) bersambung.