Wednesday, 1 April 2015

Catatan kuliah tok guru (019)

Catatan kuliah tok guru (019)

Jangan sekali kita buat mungkar.anak mu nanti akan jadi peragai serupa yahudi,perangai serupa nasrani. Zaman hari tu ada yahudi,gapo semua sekali(lain-lain).Zaman kita loni(di sini) tak ada yahudi, tak ada nasrani. Mak pa lah yang ajar jadi sekular, undi tak turut Islam, jadi ada punca (sbb tak undi islam) para hadirin sekelian.
Imam Ghazali walaupun dia orang tasauf, tapi pada masa yang sama dia juga ahli politik, dia sebut benda tadi,yang menulis dalam ilya ulumiddin bahawa kita kena reti(tahu) dunia adalah ladang untuk(hasil) di akhirat. Bukan ladang untuk dunia dak.
Serupa sehari dua ni(terkini), kita ada minyak petrol, kita ada petroleum,gas, di kelantan ni. Harta kelantan banyak duk tapak, tupat(berkumpul) di kuala lumpur. Orang kuala lumpur(pusat) kata kita wi(bagi) dah ko kelantan. Kelantan,kelantan ni, ambo, ambo kata, ketua kerajaan ni ambo, bui(beri) ko sapo diah(dia). Nak wi ko jpp, jpp tidak ambo. Pusat wi ko orang pusat, bukan wi ko orang kelantan. Kita royat(bagitau) lagu tu(spt itu ) menun (termenung memikir ), menun lah akhirat nanti kena soyot(koyak) mulut tu. Harta kelantan kena wi ko ambo bakpo bagi kepada jpp, jpp tu pusat. Ha nak royat gapo akhirat kelak, senyap. Senyap tak po lah atas dunia ni, akhirat kelak senyap juga nya tampar ko(terima hukuman) Tuhan. Soyot mulut mu tu.
Yang kedua, para hadirin semua iaitu Islam. Islam ni menerang segala perkara, Tuhan turunkan quran pada muhammad saw, tibyan, terang segala perkara. Ertinya Islam ni bukan atas masjid jah dak(sahaja), di masjid Islam cara masjid, di market Islam cara market, di ladang Islam cara ladang, di rumahtangga Islam cara rumwh tangga. Tak ada benda(perkara) hak Islam tinggal(tdk meliputi). Royat semua segala perkara.
Sebab itu nabi saw kita hidup (bawa Islam) 23 tahun. Di mekkah 13 di madinah 10 tahun. di mekah ni sembahyang bang(beribadat solat) pun dak, 13 tahun. Sembangyang bang ni di hujung waktu nabi saw di mekkah. Hujung tu nabi saw kita dibawa ke langit malam israk mikraj. 12 tahun tak sembahyang, kerja gapo 12 tahun, (mencerita) aqidah , pastikan aqidah. Akidah ni makna apo, akidah ni benda yang disimpul, supo(serupa) kita kata akad nikah, akad nikah ni bukan angkat tikar bakul, tapi maknanya simpul. Mamat simpul dengan timah. Mamat mu jangan gi kolain( ke tempat lain) , jaga timah, molek. Timah mu jangan ngarut (berhubung) dengan jantan(lelaki) lain, jaga mamat. Ikat.
Akad jual beli, kita wi(beri) pitih, dan ambil barang. Bila ambil barang tak leh ambil dah(ambil semula). Kenapa, sudah simpul dah. Barang ni, tape(tapai) ni hak ambo, duit ni hak mak cik. Sebelum kita bagi, kita ambil barang orang tanya dulu berapa harga. Pah tu bismillah, hak ambil duit ni.
(39:56) bersambung.

No comments:

Post a Comment