Friday, 27 March 2015

Catatan Kuliah Tok Guru (009)

Dalam satu hadis lain hadis qudsi. Apabila seseorang mati ada dua perkara hok teriak( yang menangis) pertama. Tempat sujud.( kita sembahyang atas dunia ni tempat sujud rasa bahagia. Aku dijadikan tempat sujud oleh mamat oleh timah. Bila kita mati tak sujudlah kita. Mati dah la. Teriak dia. Yang kedua tempat naik amalan. Contoh ambo dok(sedang) ngajar adik kakak dok dengar orang panggil amal. Amalan ini ialah aktiviti.
Apa saja yang kita buat dikenali sebagai amal. Duk(berada) di kedai kopi. Berbual. Amal ini malaikat buat(bawa) naik. Malaikat siang jaga amalan siang bila maghrib naik. Hak (yang) jaga malam turun pula jadi amal ini dia naik. Sama lah dengan telefon apabila kita pecek(tekan) tak masuk line orang. Line orang dia pecek tak masuk lain kita. Dia ada saluran dia. Kita heran(hairan) juga nya ambil mana puak-puak(ahli-ahli) sains pandai nya buat dia.
Jadi sebagaimana line orang tak masuk line kita maka begitu juga dengan amalan. Naik ke langit bila kita mati maka line ni kosong. Teriak(menangis) dia. Emm tak naik lah amalan seleman(nama sulaiman). Tak naik lah amalan jenab kerana jenab mati. Benda-benda(hal-hal) begini menyebabkan kita rasa sokmo(selalu) rasa nak sujud. Jangan wi (bagi)jadi amalan kita yang naik amalan yang jahat. Malu kita di akhirat kelak. Sejak dari baligh hingga mati nak kata berapa ribu atau juta amalan kita naik ke langit. Jadi kalau boleh biar amalan kita hak naik ni amalan yang baik. Aset kita di akhir kelak. Jadi benda-benda lagu ni kena ingat para hadirin semua.
Sebat tu lah (justeru itu) kata dia nak kiamat bila. Kiamat gi lah(terserahlah).serupa kita kata polis nak biat roadblock, roadblock gi lah. Kita ada lesen ada roadtax tayar kereta tak botak(licin) dan sebagainya. Aku sudah siap semua. Ha tu dia duduk (begitulah keadaan sebenarnya.)
Ingat wahai muhammad saw bahawa orang yang tak percaya kiamat ini. Iaitu orang yang ragu kiamat. Contoh orang Melayu yang tolak quran dan ambil kebangsaan. Orang lagu ni sah dah(pasti) ragu pada hari kiamat. Kalau yakin pada kiamat dia tak tolak islam. Tolak islam ambil gapo. Ambil demokrasi. Demokasi ni hak orang buat. Amerika ko buat. Dia reti(tahu) gapo tentang kiamat. Amerika dengan melayu sama jah. Sama-sama bodo(bodoh) belaka. Cerdik nya kita ini ialah apa bila kita bergantung dengan orang cerdik. Dan orang paling cerdik atas dunia ini ialah nabi muhammad saw. Kerana apa, kerana fatonah . Di ajar oleh jibrail as. Nak cari orang yang lebih cerdik selain nabi muhammad tak ada lah.jibrail. bukan barang internet dok.
Wahai muhammad saw ingat sa lagi bahawa Allah taala bersifat latif. Orang kita buh(bubuh) makna latif sebagai lemah lembut. Kena atau tidak terjemahan latif sebagai lemah lembut ni. Tak tahu lah. Tapi sementara jumpa terjemah lain kita guna dulu. Sebab tu lah hati lemah lembut seni. Apabila barang seni dia jadi pelik tidak nampak. Contoh keretapi zaman hari tu(dulu) dia guna arang. Gagah juga. Tapi tak segagah bila dia guna elektrik. Tiap-tiap benda gagah dia jadi koho(semakin) nipis. Koho tak ada. Jadi Allah atas sebab bukan jenis(sifatnya berlawanan) kayu api bukan jenis elektrik. Tapi dia semata Allah. Yang gagah. Jadi Dia tak nampak (tak dapat dilihat). Tak dengar(tak dapat didengar) nak kecap dengan lidah tak leh. Kerana Dia latif. Jadi nak bagi nama apa latif. Tok guru dulu bagi nama lemah lembut . Tak apa lah kira lemah lembutlah. (keterangan: tok guru mungkin rasa maksud tu agak kurang tepat. Tapi nak cari makna/kata yg lebih tepat belum jumpa dalam bahasa melayu.)
Allah adalah bersifat latif. tidak berdendam dengan orang. Sekiranya Allah bersifat kasar nescaya Allah tak akan bagi makan sedikit abuk (tidak sama sekali) kepada orang kafir. Hak tak sembahyang. Hak tak puasa. Hak tak bayar hutang.hak rasuah hak tiris hak tembus . Hak gapo dio sekali ni. (semua perkara yg sama dgnnya). Kalau Allah bersifay kasar tentu dimapuh(dimatikan) semua sekali habis licin. tapi dengan sebab Allah latif maka diberi makan semua. Hak tak rajin(tak pernah) sembahyang pun boleh makan.
Bersambung

No comments:

Post a Comment