Catatan kuliah tok guru (016)
Ambo beranak(dilahirkan) tuan-tuan beranak atas dunia ini . Kita kena guna nikmat tuhan sepenuhnya . Jak (sejak) ko akhir baligh hingga ko mati, apa yang Tuhan suruh kita buat belaka. Demo ada mulut nak telan gapo(apa-apa) telan, nasi ko, roti ko, durian ko, gapo lagi weh, satay ko loh gi lah(terserahlah). Telan gi lah, tetapi biar serupa dengan hak Tuhan nak. Jangan telan barang hak(yg) Tuhan marah. Nasi pun kalau kita bayar dengan duit curi tak soh( tak usah) baik lapar. (lebih) baik kebulurun, pitih(duit) ada. Hak jual kasut curi di masjid, buat gapo(apa) pitih nak beli nasi, perut keyang tapi roh kita lapar. Kita ada dua perkara dalam tubuh kita, ada ruh. Tubuh serupa jak ko(sejak dari) tok adam as(nabi adam) . Sebab itu ambo sebut, bila berlaku taufan nabi nuh , orang buat kajian, gali balik tempat nabi nuh, orang jumpa dengan mayat-mayat. Mayat tu serupa(bentuk) dengan hak hari ni. Kepala, muka ta ngan, kaki, serupa belaka.
seorang penulis turki, nama harun yahya menulis buku bangsa yang telah pupus, benda ni berlaku, mengikut ceritanya berlaku di negeri iraq, tak apalah(tak kisahlah) jumpa dengan mayat, jumpa dengan rumah, apa semua sekali(dan pelbagai). Maknanya mayat tok(nabi) adam as pun serupa juga, tanda yang membuat(Pencipta) adalah yang sama. Dan kita pergilah ke manapun, jumpa dengan orang cina serupa jah dengan orang melayu. Muka serupa , cuma lebih kurang(beza) sikit-sikit. Menujukan tukang yang buat manusia ini adalah yang sama. Contoh proton saga semua serupa jah, kena bubuh nombor. Nak tentukan beza.
Kita kawin dapat anak, dua orang . Seorang nama mamat dan seorang nama timah(fatimah). Tak serupa. Orang melayu tak serupa, orang putih tak serupa, orang cina tak serupa. Kerana apa? Mujur(nasib baik) Tuhan buat lagu tu. Kalau serupa maka kena gantung tekuk(di tengkuk) nombor masing-masing. Hak mana bini(isteri) aku, oh hak nombor sekian-sekian.
Apabila tukang(Pencipta) yang buat manusia serupa(sama). Maka sistem mengurus manusia pun serupa. Jaga halal haram. Benda halal serupa untuk semua orang. Arak haram, rasuah haram, orang putih ko orang hitam ko, benda haram tetap haram. Kerana Tuhan sa(satu/esa) agama sa(satu). Bumi serupa, bentuk kerajaan serupa(sama). Cara nak bentuk kerajaan mesti ikut kehendak Tuhan. Kalu di rumah perdana menterinya ialah pa(bapa). Menteri kewangannya mak(ibu). Ini ketua yang jaga rumah tanggal. Pah(kemudian) nya kampung dijaga oleh tok gawa(tok penghulu/pengawa). Atas lagi dijaga DO, atas lagi dijaga oleh MB, atas lagi dijaga oleh PM, semua sekali(begitulah seterusnya). Itu sistem kita, tak apa lah. Asalkan sebagaimana hak Tuhan nak.
(28:06) bersambung...

No comments:
Post a Comment