Thursday, 2 April 2015

Catatan kuliah tok guru(020)

Catatan kuliah tok guru(020)
(catatan kali ini mengunakan bahasa yang baku)


Tiga belas tahun nabi berdakwah, berdasarkan tiga perkara iaitu, dunia hukan milik kita, tapi milik Allah. Iaitu tauhid uluhiyyah. Seramai-ramai manusia yg hidup di atas dunia ini hanya seorang gang Allah pilih sebagai guru, sebagai pemimpin iaitu nabi muhammad saw. Kenapa dipilih nabi muhammad, dan sengaja nabi saw tidak dapat menulis dan membaca, kerana ilmunya datang terus daripada jibril as. Al-quran diturun kepada nabi saw, agar mengeluarkan manusia daripada gelap kepada cahaya.
Kita tinggal di atas dunia ini, saya datang ke sini, kerana program saya ialah mengajar. Ada yang bertanya tok guru nak ke mana tu. Saya bagi tahu nak pergi beri kuliah. Soalan balik, anda datang ke sini, tujuan apa, kerana ingin mendengar kuliah. Ringkasnya, saya turun dari rumah ada tujuan, dan anda turun dari rumah ada tujuan. Tujuan yang pelbagai, ada yang ingin mendengar kuliah, ada yang ingin membeli, ada yang ingin jumpa kawan. Satu persoalan, apa tujuan kita dilahirkan di dunia ini, tidak ramai yang tahu, tiba-tiba sudah besar dewasa. Ingat senang, boleh cakap macam tu sahaja. Untuk hidup atas dunia ini, kita memerlukan bumi tempat berpijak, perlukan cahaya matahari, perlukan beras untuk makanan, ikan, jagung dan oksigen. Semua perkara ini tiada siapa yang dapat menciptanya kecuali Allah taala. Tidak dicipta oleh ibu bapa, kerajaan atau parti, hanya Allah yang mencipta. Ini lah tanda Allah maha pencipta, membuat bumi, dapat berpusing selama 24 jam.
Manusia yang cerdik tidak membuat sesuatu kerja tanpa sesuatu tujuan. Contoh, jika keluar dari rumah kemudian ada orang bertanya nak ke mana tu, lalu dijawab, entah lah, tak tahu nak ke mana. Maka itu tandanya orang itu tidak cerdik. Sepatut dia ada tujuan, nak ke bilik air, nak jumpa mamat,
Allah taala, maha bijaksana, bila dia buat sesuatu. Dia buat ada tujuan, bukan sia-sia.

No comments:

Post a Comment