Friday, 10 April 2015

Catatan kuliah tok guru (021)

Catatan kuliah tok guru (021)
10 mei 2013.

Benda hak(yg) kita ngaji(belajar) quran. Kita baca quran.kita kuliah quran, hak tulo jah( yg sama) dengan hak kita ngundi(mengundi), hak kita mengundi baru ni, dengan hak quran ajar hak tulo. supo kita(Contoh), nak belejar masak, tukang masak dia tunjuk dulu, ni bawang,dia tunjuk rempah, dia tunjuk asam, ku wah (lengkuas). Lepas dia tunjuk, dia ambil kuali, masak, hak tulo jah.
Kita baca quran dan ngundi hak tulo, sebelum mengundi kita tahu dah kita nak bentuk kerajaan,kerajaan lagu mana(macam mana), kerajaan serupo hak quran ajar. Tapi tak ada arah(apakan daya) negeri negeri Islam di seluruh dunia dijajah oleh barat, yang kafir, amerika yang kapir(kafir) jerman, prancis yang kafir. Beratus tahun jajah negara Islam, akhir sekali nya(menyebabkan) genarasi yang baru, celik-celik (mula hidup dengan) tengok orang putih,prancis,jerman. Maka orang Islam terbawa-bawa dengan apa yang diajar oleh penjajah. Orang tanah melayu dijajah oleh orang putih beratus tahun, jadi generasi baru tengok orang putih, orang putih tak sembahyang, dia pun tak sembahyang. Orang putih minum arak,dia (pun) minum arak. Dia (orang) islam tapi dia berasa dia orang putih. Orang putih joget, dia joget. Orang putih buka lesen judi, dia buka lesen judi .
Orang putih orang putih(semua orang putih) gat(tambahan pula) orang putih ni cerdik. Tak serupa jepun, jepun ni dia tapar(tampar) orang. Kurah kurah,peng tapar. Yang menyebabkan (dalam tempoh) 3 tahun lapan bulan 24 hari, jepun lari. Orang putih tak tapar, mu nak sembahyang tak apa, tak sir(tak ingin) sembahyang tak apa. Ini cara orang putih mengubah kepala orang islam. Akhirnya orang putih kata, agama lain politik lain, orang melayu pun kata lagu tu juga(sama). Jadi menyebabkan huru hara.
Loni(kini) alhamdulillah.
(4:37) bersambung...
catatankuliahtokguru.blogspot.com

Thursday, 2 April 2015

Catatan kuliah tok guru(020)

Catatan kuliah tok guru(020)
(catatan kali ini mengunakan bahasa yang baku)


Tiga belas tahun nabi berdakwah, berdasarkan tiga perkara iaitu, dunia hukan milik kita, tapi milik Allah. Iaitu tauhid uluhiyyah. Seramai-ramai manusia yg hidup di atas dunia ini hanya seorang gang Allah pilih sebagai guru, sebagai pemimpin iaitu nabi muhammad saw. Kenapa dipilih nabi muhammad, dan sengaja nabi saw tidak dapat menulis dan membaca, kerana ilmunya datang terus daripada jibril as. Al-quran diturun kepada nabi saw, agar mengeluarkan manusia daripada gelap kepada cahaya.
Kita tinggal di atas dunia ini, saya datang ke sini, kerana program saya ialah mengajar. Ada yang bertanya tok guru nak ke mana tu. Saya bagi tahu nak pergi beri kuliah. Soalan balik, anda datang ke sini, tujuan apa, kerana ingin mendengar kuliah. Ringkasnya, saya turun dari rumah ada tujuan, dan anda turun dari rumah ada tujuan. Tujuan yang pelbagai, ada yang ingin mendengar kuliah, ada yang ingin membeli, ada yang ingin jumpa kawan. Satu persoalan, apa tujuan kita dilahirkan di dunia ini, tidak ramai yang tahu, tiba-tiba sudah besar dewasa. Ingat senang, boleh cakap macam tu sahaja. Untuk hidup atas dunia ini, kita memerlukan bumi tempat berpijak, perlukan cahaya matahari, perlukan beras untuk makanan, ikan, jagung dan oksigen. Semua perkara ini tiada siapa yang dapat menciptanya kecuali Allah taala. Tidak dicipta oleh ibu bapa, kerajaan atau parti, hanya Allah yang mencipta. Ini lah tanda Allah maha pencipta, membuat bumi, dapat berpusing selama 24 jam.
Manusia yang cerdik tidak membuat sesuatu kerja tanpa sesuatu tujuan. Contoh, jika keluar dari rumah kemudian ada orang bertanya nak ke mana tu, lalu dijawab, entah lah, tak tahu nak ke mana. Maka itu tandanya orang itu tidak cerdik. Sepatut dia ada tujuan, nak ke bilik air, nak jumpa mamat,
Allah taala, maha bijaksana, bila dia buat sesuatu. Dia buat ada tujuan, bukan sia-sia.

Wednesday, 1 April 2015

Catatan kuliah tok guru (019)

Catatan kuliah tok guru (019)

Jangan sekali kita buat mungkar.anak mu nanti akan jadi peragai serupa yahudi,perangai serupa nasrani. Zaman hari tu ada yahudi,gapo semua sekali(lain-lain).Zaman kita loni(di sini) tak ada yahudi, tak ada nasrani. Mak pa lah yang ajar jadi sekular, undi tak turut Islam, jadi ada punca (sbb tak undi islam) para hadirin sekelian.
Imam Ghazali walaupun dia orang tasauf, tapi pada masa yang sama dia juga ahli politik, dia sebut benda tadi,yang menulis dalam ilya ulumiddin bahawa kita kena reti(tahu) dunia adalah ladang untuk(hasil) di akhirat. Bukan ladang untuk dunia dak.
Serupa sehari dua ni(terkini), kita ada minyak petrol, kita ada petroleum,gas, di kelantan ni. Harta kelantan banyak duk tapak, tupat(berkumpul) di kuala lumpur. Orang kuala lumpur(pusat) kata kita wi(bagi) dah ko kelantan. Kelantan,kelantan ni, ambo, ambo kata, ketua kerajaan ni ambo, bui(beri) ko sapo diah(dia). Nak wi ko jpp, jpp tidak ambo. Pusat wi ko orang pusat, bukan wi ko orang kelantan. Kita royat(bagitau) lagu tu(spt itu ) menun (termenung memikir ), menun lah akhirat nanti kena soyot(koyak) mulut tu. Harta kelantan kena wi ko ambo bakpo bagi kepada jpp, jpp tu pusat. Ha nak royat gapo akhirat kelak, senyap. Senyap tak po lah atas dunia ni, akhirat kelak senyap juga nya tampar ko(terima hukuman) Tuhan. Soyot mulut mu tu.
Yang kedua, para hadirin semua iaitu Islam. Islam ni menerang segala perkara, Tuhan turunkan quran pada muhammad saw, tibyan, terang segala perkara. Ertinya Islam ni bukan atas masjid jah dak(sahaja), di masjid Islam cara masjid, di market Islam cara market, di ladang Islam cara ladang, di rumahtangga Islam cara rumwh tangga. Tak ada benda(perkara) hak Islam tinggal(tdk meliputi). Royat semua segala perkara.
Sebab itu nabi saw kita hidup (bawa Islam) 23 tahun. Di mekkah 13 di madinah 10 tahun. di mekah ni sembahyang bang(beribadat solat) pun dak, 13 tahun. Sembangyang bang ni di hujung waktu nabi saw di mekkah. Hujung tu nabi saw kita dibawa ke langit malam israk mikraj. 12 tahun tak sembahyang, kerja gapo 12 tahun, (mencerita) aqidah , pastikan aqidah. Akidah ni makna apo, akidah ni benda yang disimpul, supo(serupa) kita kata akad nikah, akad nikah ni bukan angkat tikar bakul, tapi maknanya simpul. Mamat simpul dengan timah. Mamat mu jangan gi kolain( ke tempat lain) , jaga timah, molek. Timah mu jangan ngarut (berhubung) dengan jantan(lelaki) lain, jaga mamat. Ikat.
Akad jual beli, kita wi(beri) pitih, dan ambil barang. Bila ambil barang tak leh ambil dah(ambil semula). Kenapa, sudah simpul dah. Barang ni, tape(tapai) ni hak ambo, duit ni hak mak cik. Sebelum kita bagi, kita ambil barang orang tanya dulu berapa harga. Pah tu bismillah, hak ambil duit ni.
(39:56) bersambung.

Tuesday, 31 March 2015

Catatan kuliah tok guru (018)

Catatan kuliah tok guru (018)

buat serupa Allah nak.Tiada balah antara kita, balah antara melayu, apa nak balahnya bodo (tak cerdik).
Para hadirin semua,
Kita ada Allahuakbar, kita ada hidup melayu, kalau kita kata hidup melayu (org) cina tak kata hidup melayu. Aku cina, bakpo nya hidup melayu. Dan kalu orang cina kata, hidup cina, orang melayu tak(akan) kata. Bakpo nya nak kata hidup cina, aku orang melayu.
Tapi kalau kita kata Allahuakbar, cina walaupun tidak(bukan) Islam pun dia tak terasa. Tak terasa gayat(resah) aku tak sebut Allahuakbar. Aku bukan Islam, tapi bila mu nak Islam, mu tak sudah dgn Islam. Mati(juga). Nak nelang(tunjuk hebat) setara mana . Aku tak turut Islam, aku turut tok nenek (nenek moyang), ha tak apa lah. Minta mu turut Allah bukan turut tok nenek . Tok nenek aku dulu hindu aku tak turut(agama hindu). Kita royat ko dia.
Sebab itu wajib atas manusia, tak kira dia tok guru atau cikgu , DO ke, org kampung ke. Wajib dia sebut benda lagu ni kepada anak.
(hadis) nabi saw sebut tiap-tiap budak(anak) beranak(dilahirkan), beranak dengan bersih. Dia, apa nama ni, syirik pun dak, jahat pun dak. Budak kecil bila beranak(dilahirkan) dia tak reti(pandai) nak curi, tak reti nak kianat. Kecuali kianat(jahat) juga bila besar, chee (baca: chair)(tanda drp tindakan) mak bapa dia. Mak pak(ibu bapa) dia kianat ko maka dia turut, mak pak dia tak ajar ko.
Kadang-kadang kita duk di rumah, orang mari tangga(ada orang datang) motorsikal turun( org itu turun dari motorsikal). Mak orang tu datang nak minta hutang, kita kenal orang tu datang nak minta hutang. Kita royat ko anak kita. Gi(pergi) royat gih, kata cik(mak) tak ada. Mak gi kedai, mak gi kuala lumpur. Dia tu(orang tadi) pun balik. Bila dia balik, budak(anak tadi) pun rasa nawak(menipu) pun bagus juga. Kena poh( kerana apa) orang tu balik. Orang tu mari nak minta hutang mak aku, bila aku nawak mak aku tak ada, dia balik. Ha sudah, mak tak sedar dia nawak, tapi dia sudah tanam bibit,benih dalam kepala anak dia nawak ni bagus. Esok, rupanya dia(anak tadi) balik (pulang rumah) nawak ko mak dia pula. Mak cikgu nak duit dua ringgit, padahal cikgu dia tak kata apa, tapi dia nawak. Kerana apa, kerana dia tengok ada jasa nawak ni. Bila nawak tahu ko dia(mak) pulah(pulas) telinga , bakpo nawaknya kata cikgu nak pitih. (kata anak) mak nawak juga. Ha sudah(pendengar ketawa) jadi benda lagu ni secara psikologi, mistahak kita tahu.
(36:00) bersambung.

Monday, 30 March 2015

Catatan Kuliah Tok Guru (017)

Catatan kuliah tok guru (017)

Itu kata dia, dunia tempat menanam untuk makan di akhirat. Dan ugama tak akan sempurna kecuali melalui dunia. Sembahyang atas dunia, orang tak sembahyang atas pokok nyor(kelapa). Orang tak sembahyang atas langit, dok (tidak).
Almalik adalah raja, nak bubuh nama sultan ke, yang pertuan agong ke. King ke, kata gi lah (terserahlah). Ugama dan raja, kembar. Macam budak kembar, anak kembar, sebagaimana anak kembar, muka nak serupa belaka. Sama ada raja atau perdana menteri atau sultan, gelaran tak apa (tak kisah) , dengan agama ni tak leh tinggal(dipisahkan) kerana kedua-duanya kembar.
Ugama menjadj tapaknya dan raja, haris, menjadi pengawal. Dan barang hak tak da tapak, runtuh. Tapak dia gapo dia tadi, ugama. Dan kalau tak ada penjaga, hilang.
Kalau rumah tak ada tapak, rumah buat tepi laut, atas pasir. Mari ombak, berubah sokmo(sentiasa) pasir, pah ko(turut sama) rumah kita runtuh, habis. Kerana apa, sebab kita buat rumah tak ada tapak.
Begitu juga, rumah buat atas darat (tanah) tapi tak ada penjaga, jadi mu naik, mu curi (kena curi), gapo sekali(dan macam-macam lagj).
Jadi raja dan agama mesti sekali, mesti lengkap melengkapi. Ugama menjadi asas, raja, hak kita panggil sekarang ni kerajaan, menjadi penjaga.
Raja baik, agama baik(kedua-duanya) tak akan sempurna melainkan dengan kuasa. Kuasa mesti ada, nak boleh ko kuasa tu lah maka kita mengundi. Bila kita mengundi(dan menang) hak kita kata (sbg kerajaan) haram, rakyat tak leh buat. Buat juga, akan dikenakan tindakan. Rakyat kena bayar cukai, tak bayar cukai akan diambil tindakan. Jadi sebarang tindakan akan dikawal. Atas rumahtangga, dikawal oleh ibu bapa. Atas sebuah negeri dikawal oleh raja, dan dikawal melalui ugama, tidak melalui demokrasi, tidak melalui kebangsaan, dan apa semua apa( sebarang bentuk lain).
Demokrasi dan kebangsaan, hak tidak mari dari Tuhan. Bukan tuan punya(pencipta) bumi. Tuan punya(pencipta) langit dan bumi ialah Allah. Demokrasi tak buat kita, kebangsaan tak buat kita. Butir beras yg sebutir itu, Allah taala buat , air setitik Allah taala buat, nyor(kelapa) sebutir Allah taala buat. Dalam buahnya, (apabila) kita belah, ada air. Mari mana air ? Air itu dijujuk, dihisap oleh akar nyor naik ke batang nyor, sampai masuk ke dalam buah. Kerja siapa ni ? Kita belah buah nyor ada air, mari mana air. Ahli pertanian kata air disedut oleh akar. Sebab itu akar nyor serabut, berjuta akar nyor. Hak kecik(kecil) hak besar sedut air naik, umbi(pangkal) begitu keras tapi air nyor naik kut batang. Ditapis segala kekotoran, masuk manggar (daun yg muda) masuk buah. sedap, berebut kita (nak) minum.
Nak minum bismillah, sudah minum alhamdulillah. Sudah makan(doa) Ya Allah beri makan lah orang hak beri makan kepada aku. Dan berilah minum kepada orang yang beri minum kepada aku. Kalau boleh setiap orang ingat pada Tuhan, tiap-tiap kali sudah makan dan minum, nak makan, nak tidur, masuk bilik air, tubik tembok(keluar ke jalan raya), buka pintu kereta, pulas(pandu) kereta, semua ini hak Allah belaka. Bila kita mengundi, mengundi serupa hak Allah nak.
(32:40) bersambung...

Sunday, 29 March 2015

Catatan Kuliah Tok Guru (016)

Catatan kuliah tok guru (016)
Ambo beranak(dilahirkan) tuan-tuan beranak atas dunia ini . Kita kena guna nikmat tuhan sepenuhnya . Jak (sejak) ko akhir baligh hingga ko mati, apa yang Tuhan suruh kita buat belaka. Demo ada mulut nak telan gapo(apa-apa) telan, nasi ko, roti ko, durian ko, gapo lagi weh, satay ko loh gi lah(terserahlah). Telan gi lah, tetapi biar serupa dengan hak Tuhan nak. Jangan telan barang hak(yg) Tuhan marah. Nasi pun kalau kita bayar dengan duit curi tak soh( tak usah) baik lapar. (lebih) baik kebulurun, pitih(duit) ada. Hak jual kasut curi di masjid, buat gapo(apa) pitih nak beli nasi, perut keyang tapi roh kita lapar. Kita ada dua perkara dalam tubuh kita, ada ruh. Tubuh serupa jak ko(sejak dari) tok adam as(nabi adam) . Sebab itu ambo sebut, bila berlaku taufan nabi nuh , orang buat kajian, gali balik tempat nabi nuh, orang jumpa dengan mayat-mayat. Mayat tu serupa(bentuk) dengan hak hari ni. Kepala, muka ta ngan, kaki, serupa belaka.
seorang penulis turki, nama harun yahya menulis buku bangsa yang telah pupus, benda ni berlaku, mengikut ceritanya berlaku di negeri iraq, tak apalah(tak kisahlah) jumpa dengan mayat, jumpa dengan rumah, apa semua sekali(dan pelbagai). Maknanya mayat tok(nabi) adam as pun serupa juga, tanda yang membuat(Pencipta) adalah yang sama. Dan kita pergilah ke manapun, jumpa dengan orang cina serupa jah dengan orang melayu. Muka serupa , cuma lebih kurang(beza) sikit-sikit. Menujukan tukang yang buat manusia ini adalah yang sama. Contoh proton saga semua serupa jah, kena bubuh nombor. Nak tentukan beza.
Kita kawin dapat anak, dua orang . Seorang nama mamat dan seorang nama timah(fatimah). Tak serupa. Orang melayu tak serupa, orang putih tak serupa, orang cina tak serupa. Kerana apa? Mujur(nasib baik) Tuhan buat lagu tu. Kalau serupa maka kena gantung tekuk(di tengkuk) nombor masing-masing. Hak mana bini(isteri) aku, oh hak nombor sekian-sekian.
Apabila tukang(Pencipta) yang buat manusia serupa(sama). Maka sistem mengurus manusia pun serupa. Jaga halal haram. Benda halal serupa untuk semua orang. Arak haram, rasuah haram, orang putih ko orang hitam ko, benda haram tetap haram. Kerana Tuhan sa(satu/esa) agama sa(satu). Bumi serupa, bentuk kerajaan serupa(sama). Cara nak bentuk kerajaan mesti ikut kehendak Tuhan. Kalu di rumah perdana menterinya ialah pa(bapa). Menteri kewangannya mak(ibu). Ini ketua yang jaga rumah tanggal. Pah(kemudian) nya kampung dijaga oleh tok gawa(tok penghulu/pengawa). Atas lagi dijaga DO, atas lagi dijaga oleh MB, atas lagi dijaga oleh PM, semua sekali(begitulah seterusnya). Itu sistem kita, tak apa lah. Asalkan sebagaimana hak Tuhan nak.
(28:06) bersambung...

Friday, 27 March 2015

Catatan Kuliah Tok Guru (015)

Catatan kuliah tok guru (015)


Di akhirat kelak tak makan nasi dah, tak naik keta(kereta) dah, tak gapo lagi weh(tok guru bertanya) tidok gapo dok. Tak kecing berak (buang air) dah. Yang ada ialah hidup, seronok. Dunia lo ni(sekarang) nak makan masuk dapur, nunggu(menunggu) sampai orang tino(isteri) kita leleh jelir(tersangat letih) berair mata mata, nanak masuk asap dalam mata. Kadang-kadang gas pecah, hagus rumah.
Akhirat kelak dok(tidak) akhirat kelak gapo(apa) hak (yg) mu nak boleh selalu(serta merta). tak payah picit butang,Tak payah gi dapur, nak mari(Terus datang). kita kata eh belah mana (hairan bagaimana) belah mana lagu mana (tak perlu hairan) nanti akhirat lah.
Demo(anda) mati kawe( tok guru) mati, masuk syurga ,isyaAllah lagu tu jumpa. Yang royat(bagitahu) barang ni ni(perkara ini) bukan tok guru jah, bukan tok lebai dok, yang royat lagu ni mari daripada Quran. Siapa dia Quran, mari Allah. Siapa dia Allah, Allah yang buat dunia dan buat akhirat. Nak kata enginear Dia lah, nak kata arkitek Dia lah, nak kata planner(perancang) dunia Dia lah. Allah beritahu kita lepas mu mati, depan mu ni, lepas mu mati, tanam masuk kubur, mu hidup cara(ikut cara) dalam kubur. Bila hidup dalam kubur bila(jika) mu taat pada Allah, jadi masalah(perkara) politik, masalah mengundi dan semua, buat serupa Allah nak. Bila masuk dalam kubur Allah bagi tengok selalu(terus) ko kita syurga, kita tak masuk syuga lagi, tapi Allah buka pintu syurga. Nampak dapur nya, katil nya, serba mokniko(serba serbi) benda hak kita nak atas dunia loni, di akhirat kelak mu akan jumpa benda hak mu tak rajin(pernah) tengok, benda hak hati perut tak rajin terlintas(lintasan perasaaan). Dan benda hak telinga mu tak rajin dengar, serupo hak nak gapo sekali(semua yang nak apa-apa pun).
Allah nak royat(bagi tahu) lebih mu pun tak reti(faham), benda hak yang akan datang. Serupa ko(perumpamaan) kita royat ko budak ( kepada budak kecil) awang, anak kita umur 2 atau 3 tahun. Awang kalu lulus sekolah gat(jadi pelajar cemerlang) boleh jadi pemimpin tanah air, boleh gaji besar. Dia terlengok dengar(tak faham) gapo cik(ayah) gaji besar? Budak kecik(kecil) mana dia reti. Cuma ko( sekadar) kita royat budak, kalu lulus periksa ayah beli cokelat(gula-gula) ha cokelat dia reti.,anak patung, bola , dia reti.
Begitu juga akhirat, Allah taala sebut neraka, sebut syurga, padan-padan dengan otak manusia boleh reti. Hak lebih daripada tu, kalau tebin royat( bagitahu juga) orang tak reti.
Oleh itu para hadirin semua,
Satu pekara yang imam ghazali sebutnya ialah dunia tempat kita menanam untuk nak makan di akhirat.
Dan ugama ni tak sempurna kalau tak ada dunia. Tak ada orang yang boleh masuk syurga kalau tak melalui dunia dulu. Orang, beranak-beranak(dilahirkan) terus masuk surga selalu. Tak boleh. Kena lalu kot(ikut) dunia dulu. Baik,(sama ada)orang cina, baik orang arab, baik orang melayu, nak boleh ko syurga atau neraka di akhirat kelak kena lalu kut dunia dulu. Dia kena hidup atas dunia.
(22:10) bersambung