Monday, 30 March 2015

Catatan Kuliah Tok Guru (017)

Catatan kuliah tok guru (017)

Itu kata dia, dunia tempat menanam untuk makan di akhirat. Dan ugama tak akan sempurna kecuali melalui dunia. Sembahyang atas dunia, orang tak sembahyang atas pokok nyor(kelapa). Orang tak sembahyang atas langit, dok (tidak).
Almalik adalah raja, nak bubuh nama sultan ke, yang pertuan agong ke. King ke, kata gi lah (terserahlah). Ugama dan raja, kembar. Macam budak kembar, anak kembar, sebagaimana anak kembar, muka nak serupa belaka. Sama ada raja atau perdana menteri atau sultan, gelaran tak apa (tak kisah) , dengan agama ni tak leh tinggal(dipisahkan) kerana kedua-duanya kembar.
Ugama menjadj tapaknya dan raja, haris, menjadi pengawal. Dan barang hak tak da tapak, runtuh. Tapak dia gapo dia tadi, ugama. Dan kalau tak ada penjaga, hilang.
Kalau rumah tak ada tapak, rumah buat tepi laut, atas pasir. Mari ombak, berubah sokmo(sentiasa) pasir, pah ko(turut sama) rumah kita runtuh, habis. Kerana apa, sebab kita buat rumah tak ada tapak.
Begitu juga, rumah buat atas darat (tanah) tapi tak ada penjaga, jadi mu naik, mu curi (kena curi), gapo sekali(dan macam-macam lagj).
Jadi raja dan agama mesti sekali, mesti lengkap melengkapi. Ugama menjadi asas, raja, hak kita panggil sekarang ni kerajaan, menjadi penjaga.
Raja baik, agama baik(kedua-duanya) tak akan sempurna melainkan dengan kuasa. Kuasa mesti ada, nak boleh ko kuasa tu lah maka kita mengundi. Bila kita mengundi(dan menang) hak kita kata (sbg kerajaan) haram, rakyat tak leh buat. Buat juga, akan dikenakan tindakan. Rakyat kena bayar cukai, tak bayar cukai akan diambil tindakan. Jadi sebarang tindakan akan dikawal. Atas rumahtangga, dikawal oleh ibu bapa. Atas sebuah negeri dikawal oleh raja, dan dikawal melalui ugama, tidak melalui demokrasi, tidak melalui kebangsaan, dan apa semua apa( sebarang bentuk lain).
Demokrasi dan kebangsaan, hak tidak mari dari Tuhan. Bukan tuan punya(pencipta) bumi. Tuan punya(pencipta) langit dan bumi ialah Allah. Demokrasi tak buat kita, kebangsaan tak buat kita. Butir beras yg sebutir itu, Allah taala buat , air setitik Allah taala buat, nyor(kelapa) sebutir Allah taala buat. Dalam buahnya, (apabila) kita belah, ada air. Mari mana air ? Air itu dijujuk, dihisap oleh akar nyor naik ke batang nyor, sampai masuk ke dalam buah. Kerja siapa ni ? Kita belah buah nyor ada air, mari mana air. Ahli pertanian kata air disedut oleh akar. Sebab itu akar nyor serabut, berjuta akar nyor. Hak kecik(kecil) hak besar sedut air naik, umbi(pangkal) begitu keras tapi air nyor naik kut batang. Ditapis segala kekotoran, masuk manggar (daun yg muda) masuk buah. sedap, berebut kita (nak) minum.
Nak minum bismillah, sudah minum alhamdulillah. Sudah makan(doa) Ya Allah beri makan lah orang hak beri makan kepada aku. Dan berilah minum kepada orang yang beri minum kepada aku. Kalau boleh setiap orang ingat pada Tuhan, tiap-tiap kali sudah makan dan minum, nak makan, nak tidur, masuk bilik air, tubik tembok(keluar ke jalan raya), buka pintu kereta, pulas(pandu) kereta, semua ini hak Allah belaka. Bila kita mengundi, mengundi serupa hak Allah nak.
(32:40) bersambung...

No comments:

Post a Comment