Friday, 10 April 2015

Catatan kuliah tok guru (021)

Catatan kuliah tok guru (021)
10 mei 2013.

Benda hak(yg) kita ngaji(belajar) quran. Kita baca quran.kita kuliah quran, hak tulo jah( yg sama) dengan hak kita ngundi(mengundi), hak kita mengundi baru ni, dengan hak quran ajar hak tulo. supo kita(Contoh), nak belejar masak, tukang masak dia tunjuk dulu, ni bawang,dia tunjuk rempah, dia tunjuk asam, ku wah (lengkuas). Lepas dia tunjuk, dia ambil kuali, masak, hak tulo jah.
Kita baca quran dan ngundi hak tulo, sebelum mengundi kita tahu dah kita nak bentuk kerajaan,kerajaan lagu mana(macam mana), kerajaan serupo hak quran ajar. Tapi tak ada arah(apakan daya) negeri negeri Islam di seluruh dunia dijajah oleh barat, yang kafir, amerika yang kapir(kafir) jerman, prancis yang kafir. Beratus tahun jajah negara Islam, akhir sekali nya(menyebabkan) genarasi yang baru, celik-celik (mula hidup dengan) tengok orang putih,prancis,jerman. Maka orang Islam terbawa-bawa dengan apa yang diajar oleh penjajah. Orang tanah melayu dijajah oleh orang putih beratus tahun, jadi generasi baru tengok orang putih, orang putih tak sembahyang, dia pun tak sembahyang. Orang putih minum arak,dia (pun) minum arak. Dia (orang) islam tapi dia berasa dia orang putih. Orang putih joget, dia joget. Orang putih buka lesen judi, dia buka lesen judi .
Orang putih orang putih(semua orang putih) gat(tambahan pula) orang putih ni cerdik. Tak serupa jepun, jepun ni dia tapar(tampar) orang. Kurah kurah,peng tapar. Yang menyebabkan (dalam tempoh) 3 tahun lapan bulan 24 hari, jepun lari. Orang putih tak tapar, mu nak sembahyang tak apa, tak sir(tak ingin) sembahyang tak apa. Ini cara orang putih mengubah kepala orang islam. Akhirnya orang putih kata, agama lain politik lain, orang melayu pun kata lagu tu juga(sama). Jadi menyebabkan huru hara.
Loni(kini) alhamdulillah.
(4:37) bersambung...
catatankuliahtokguru.blogspot.com

Thursday, 2 April 2015

Catatan kuliah tok guru(020)

Catatan kuliah tok guru(020)
(catatan kali ini mengunakan bahasa yang baku)


Tiga belas tahun nabi berdakwah, berdasarkan tiga perkara iaitu, dunia hukan milik kita, tapi milik Allah. Iaitu tauhid uluhiyyah. Seramai-ramai manusia yg hidup di atas dunia ini hanya seorang gang Allah pilih sebagai guru, sebagai pemimpin iaitu nabi muhammad saw. Kenapa dipilih nabi muhammad, dan sengaja nabi saw tidak dapat menulis dan membaca, kerana ilmunya datang terus daripada jibril as. Al-quran diturun kepada nabi saw, agar mengeluarkan manusia daripada gelap kepada cahaya.
Kita tinggal di atas dunia ini, saya datang ke sini, kerana program saya ialah mengajar. Ada yang bertanya tok guru nak ke mana tu. Saya bagi tahu nak pergi beri kuliah. Soalan balik, anda datang ke sini, tujuan apa, kerana ingin mendengar kuliah. Ringkasnya, saya turun dari rumah ada tujuan, dan anda turun dari rumah ada tujuan. Tujuan yang pelbagai, ada yang ingin mendengar kuliah, ada yang ingin membeli, ada yang ingin jumpa kawan. Satu persoalan, apa tujuan kita dilahirkan di dunia ini, tidak ramai yang tahu, tiba-tiba sudah besar dewasa. Ingat senang, boleh cakap macam tu sahaja. Untuk hidup atas dunia ini, kita memerlukan bumi tempat berpijak, perlukan cahaya matahari, perlukan beras untuk makanan, ikan, jagung dan oksigen. Semua perkara ini tiada siapa yang dapat menciptanya kecuali Allah taala. Tidak dicipta oleh ibu bapa, kerajaan atau parti, hanya Allah yang mencipta. Ini lah tanda Allah maha pencipta, membuat bumi, dapat berpusing selama 24 jam.
Manusia yang cerdik tidak membuat sesuatu kerja tanpa sesuatu tujuan. Contoh, jika keluar dari rumah kemudian ada orang bertanya nak ke mana tu, lalu dijawab, entah lah, tak tahu nak ke mana. Maka itu tandanya orang itu tidak cerdik. Sepatut dia ada tujuan, nak ke bilik air, nak jumpa mamat,
Allah taala, maha bijaksana, bila dia buat sesuatu. Dia buat ada tujuan, bukan sia-sia.

Wednesday, 1 April 2015

Catatan kuliah tok guru (019)

Catatan kuliah tok guru (019)

Jangan sekali kita buat mungkar.anak mu nanti akan jadi peragai serupa yahudi,perangai serupa nasrani. Zaman hari tu ada yahudi,gapo semua sekali(lain-lain).Zaman kita loni(di sini) tak ada yahudi, tak ada nasrani. Mak pa lah yang ajar jadi sekular, undi tak turut Islam, jadi ada punca (sbb tak undi islam) para hadirin sekelian.
Imam Ghazali walaupun dia orang tasauf, tapi pada masa yang sama dia juga ahli politik, dia sebut benda tadi,yang menulis dalam ilya ulumiddin bahawa kita kena reti(tahu) dunia adalah ladang untuk(hasil) di akhirat. Bukan ladang untuk dunia dak.
Serupa sehari dua ni(terkini), kita ada minyak petrol, kita ada petroleum,gas, di kelantan ni. Harta kelantan banyak duk tapak, tupat(berkumpul) di kuala lumpur. Orang kuala lumpur(pusat) kata kita wi(bagi) dah ko kelantan. Kelantan,kelantan ni, ambo, ambo kata, ketua kerajaan ni ambo, bui(beri) ko sapo diah(dia). Nak wi ko jpp, jpp tidak ambo. Pusat wi ko orang pusat, bukan wi ko orang kelantan. Kita royat(bagitau) lagu tu(spt itu ) menun (termenung memikir ), menun lah akhirat nanti kena soyot(koyak) mulut tu. Harta kelantan kena wi ko ambo bakpo bagi kepada jpp, jpp tu pusat. Ha nak royat gapo akhirat kelak, senyap. Senyap tak po lah atas dunia ni, akhirat kelak senyap juga nya tampar ko(terima hukuman) Tuhan. Soyot mulut mu tu.
Yang kedua, para hadirin semua iaitu Islam. Islam ni menerang segala perkara, Tuhan turunkan quran pada muhammad saw, tibyan, terang segala perkara. Ertinya Islam ni bukan atas masjid jah dak(sahaja), di masjid Islam cara masjid, di market Islam cara market, di ladang Islam cara ladang, di rumahtangga Islam cara rumwh tangga. Tak ada benda(perkara) hak Islam tinggal(tdk meliputi). Royat semua segala perkara.
Sebab itu nabi saw kita hidup (bawa Islam) 23 tahun. Di mekkah 13 di madinah 10 tahun. di mekah ni sembahyang bang(beribadat solat) pun dak, 13 tahun. Sembangyang bang ni di hujung waktu nabi saw di mekkah. Hujung tu nabi saw kita dibawa ke langit malam israk mikraj. 12 tahun tak sembahyang, kerja gapo 12 tahun, (mencerita) aqidah , pastikan aqidah. Akidah ni makna apo, akidah ni benda yang disimpul, supo(serupa) kita kata akad nikah, akad nikah ni bukan angkat tikar bakul, tapi maknanya simpul. Mamat simpul dengan timah. Mamat mu jangan gi kolain( ke tempat lain) , jaga timah, molek. Timah mu jangan ngarut (berhubung) dengan jantan(lelaki) lain, jaga mamat. Ikat.
Akad jual beli, kita wi(beri) pitih, dan ambil barang. Bila ambil barang tak leh ambil dah(ambil semula). Kenapa, sudah simpul dah. Barang ni, tape(tapai) ni hak ambo, duit ni hak mak cik. Sebelum kita bagi, kita ambil barang orang tanya dulu berapa harga. Pah tu bismillah, hak ambil duit ni.
(39:56) bersambung.

Tuesday, 31 March 2015

Catatan kuliah tok guru (018)

Catatan kuliah tok guru (018)

buat serupa Allah nak.Tiada balah antara kita, balah antara melayu, apa nak balahnya bodo (tak cerdik).
Para hadirin semua,
Kita ada Allahuakbar, kita ada hidup melayu, kalau kita kata hidup melayu (org) cina tak kata hidup melayu. Aku cina, bakpo nya hidup melayu. Dan kalu orang cina kata, hidup cina, orang melayu tak(akan) kata. Bakpo nya nak kata hidup cina, aku orang melayu.
Tapi kalau kita kata Allahuakbar, cina walaupun tidak(bukan) Islam pun dia tak terasa. Tak terasa gayat(resah) aku tak sebut Allahuakbar. Aku bukan Islam, tapi bila mu nak Islam, mu tak sudah dgn Islam. Mati(juga). Nak nelang(tunjuk hebat) setara mana . Aku tak turut Islam, aku turut tok nenek (nenek moyang), ha tak apa lah. Minta mu turut Allah bukan turut tok nenek . Tok nenek aku dulu hindu aku tak turut(agama hindu). Kita royat ko dia.
Sebab itu wajib atas manusia, tak kira dia tok guru atau cikgu , DO ke, org kampung ke. Wajib dia sebut benda lagu ni kepada anak.
(hadis) nabi saw sebut tiap-tiap budak(anak) beranak(dilahirkan), beranak dengan bersih. Dia, apa nama ni, syirik pun dak, jahat pun dak. Budak kecil bila beranak(dilahirkan) dia tak reti(pandai) nak curi, tak reti nak kianat. Kecuali kianat(jahat) juga bila besar, chee (baca: chair)(tanda drp tindakan) mak bapa dia. Mak pak(ibu bapa) dia kianat ko maka dia turut, mak pak dia tak ajar ko.
Kadang-kadang kita duk di rumah, orang mari tangga(ada orang datang) motorsikal turun( org itu turun dari motorsikal). Mak orang tu datang nak minta hutang, kita kenal orang tu datang nak minta hutang. Kita royat ko anak kita. Gi(pergi) royat gih, kata cik(mak) tak ada. Mak gi kedai, mak gi kuala lumpur. Dia tu(orang tadi) pun balik. Bila dia balik, budak(anak tadi) pun rasa nawak(menipu) pun bagus juga. Kena poh( kerana apa) orang tu balik. Orang tu mari nak minta hutang mak aku, bila aku nawak mak aku tak ada, dia balik. Ha sudah, mak tak sedar dia nawak, tapi dia sudah tanam bibit,benih dalam kepala anak dia nawak ni bagus. Esok, rupanya dia(anak tadi) balik (pulang rumah) nawak ko mak dia pula. Mak cikgu nak duit dua ringgit, padahal cikgu dia tak kata apa, tapi dia nawak. Kerana apa, kerana dia tengok ada jasa nawak ni. Bila nawak tahu ko dia(mak) pulah(pulas) telinga , bakpo nawaknya kata cikgu nak pitih. (kata anak) mak nawak juga. Ha sudah(pendengar ketawa) jadi benda lagu ni secara psikologi, mistahak kita tahu.
(36:00) bersambung.

Monday, 30 March 2015

Catatan Kuliah Tok Guru (017)

Catatan kuliah tok guru (017)

Itu kata dia, dunia tempat menanam untuk makan di akhirat. Dan ugama tak akan sempurna kecuali melalui dunia. Sembahyang atas dunia, orang tak sembahyang atas pokok nyor(kelapa). Orang tak sembahyang atas langit, dok (tidak).
Almalik adalah raja, nak bubuh nama sultan ke, yang pertuan agong ke. King ke, kata gi lah (terserahlah). Ugama dan raja, kembar. Macam budak kembar, anak kembar, sebagaimana anak kembar, muka nak serupa belaka. Sama ada raja atau perdana menteri atau sultan, gelaran tak apa (tak kisah) , dengan agama ni tak leh tinggal(dipisahkan) kerana kedua-duanya kembar.
Ugama menjadj tapaknya dan raja, haris, menjadi pengawal. Dan barang hak tak da tapak, runtuh. Tapak dia gapo dia tadi, ugama. Dan kalau tak ada penjaga, hilang.
Kalau rumah tak ada tapak, rumah buat tepi laut, atas pasir. Mari ombak, berubah sokmo(sentiasa) pasir, pah ko(turut sama) rumah kita runtuh, habis. Kerana apa, sebab kita buat rumah tak ada tapak.
Begitu juga, rumah buat atas darat (tanah) tapi tak ada penjaga, jadi mu naik, mu curi (kena curi), gapo sekali(dan macam-macam lagj).
Jadi raja dan agama mesti sekali, mesti lengkap melengkapi. Ugama menjadi asas, raja, hak kita panggil sekarang ni kerajaan, menjadi penjaga.
Raja baik, agama baik(kedua-duanya) tak akan sempurna melainkan dengan kuasa. Kuasa mesti ada, nak boleh ko kuasa tu lah maka kita mengundi. Bila kita mengundi(dan menang) hak kita kata (sbg kerajaan) haram, rakyat tak leh buat. Buat juga, akan dikenakan tindakan. Rakyat kena bayar cukai, tak bayar cukai akan diambil tindakan. Jadi sebarang tindakan akan dikawal. Atas rumahtangga, dikawal oleh ibu bapa. Atas sebuah negeri dikawal oleh raja, dan dikawal melalui ugama, tidak melalui demokrasi, tidak melalui kebangsaan, dan apa semua apa( sebarang bentuk lain).
Demokrasi dan kebangsaan, hak tidak mari dari Tuhan. Bukan tuan punya(pencipta) bumi. Tuan punya(pencipta) langit dan bumi ialah Allah. Demokrasi tak buat kita, kebangsaan tak buat kita. Butir beras yg sebutir itu, Allah taala buat , air setitik Allah taala buat, nyor(kelapa) sebutir Allah taala buat. Dalam buahnya, (apabila) kita belah, ada air. Mari mana air ? Air itu dijujuk, dihisap oleh akar nyor naik ke batang nyor, sampai masuk ke dalam buah. Kerja siapa ni ? Kita belah buah nyor ada air, mari mana air. Ahli pertanian kata air disedut oleh akar. Sebab itu akar nyor serabut, berjuta akar nyor. Hak kecik(kecil) hak besar sedut air naik, umbi(pangkal) begitu keras tapi air nyor naik kut batang. Ditapis segala kekotoran, masuk manggar (daun yg muda) masuk buah. sedap, berebut kita (nak) minum.
Nak minum bismillah, sudah minum alhamdulillah. Sudah makan(doa) Ya Allah beri makan lah orang hak beri makan kepada aku. Dan berilah minum kepada orang yang beri minum kepada aku. Kalau boleh setiap orang ingat pada Tuhan, tiap-tiap kali sudah makan dan minum, nak makan, nak tidur, masuk bilik air, tubik tembok(keluar ke jalan raya), buka pintu kereta, pulas(pandu) kereta, semua ini hak Allah belaka. Bila kita mengundi, mengundi serupa hak Allah nak.
(32:40) bersambung...

Sunday, 29 March 2015

Catatan Kuliah Tok Guru (016)

Catatan kuliah tok guru (016)
Ambo beranak(dilahirkan) tuan-tuan beranak atas dunia ini . Kita kena guna nikmat tuhan sepenuhnya . Jak (sejak) ko akhir baligh hingga ko mati, apa yang Tuhan suruh kita buat belaka. Demo ada mulut nak telan gapo(apa-apa) telan, nasi ko, roti ko, durian ko, gapo lagi weh, satay ko loh gi lah(terserahlah). Telan gi lah, tetapi biar serupa dengan hak Tuhan nak. Jangan telan barang hak(yg) Tuhan marah. Nasi pun kalau kita bayar dengan duit curi tak soh( tak usah) baik lapar. (lebih) baik kebulurun, pitih(duit) ada. Hak jual kasut curi di masjid, buat gapo(apa) pitih nak beli nasi, perut keyang tapi roh kita lapar. Kita ada dua perkara dalam tubuh kita, ada ruh. Tubuh serupa jak ko(sejak dari) tok adam as(nabi adam) . Sebab itu ambo sebut, bila berlaku taufan nabi nuh , orang buat kajian, gali balik tempat nabi nuh, orang jumpa dengan mayat-mayat. Mayat tu serupa(bentuk) dengan hak hari ni. Kepala, muka ta ngan, kaki, serupa belaka.
seorang penulis turki, nama harun yahya menulis buku bangsa yang telah pupus, benda ni berlaku, mengikut ceritanya berlaku di negeri iraq, tak apalah(tak kisahlah) jumpa dengan mayat, jumpa dengan rumah, apa semua sekali(dan pelbagai). Maknanya mayat tok(nabi) adam as pun serupa juga, tanda yang membuat(Pencipta) adalah yang sama. Dan kita pergilah ke manapun, jumpa dengan orang cina serupa jah dengan orang melayu. Muka serupa , cuma lebih kurang(beza) sikit-sikit. Menujukan tukang yang buat manusia ini adalah yang sama. Contoh proton saga semua serupa jah, kena bubuh nombor. Nak tentukan beza.
Kita kawin dapat anak, dua orang . Seorang nama mamat dan seorang nama timah(fatimah). Tak serupa. Orang melayu tak serupa, orang putih tak serupa, orang cina tak serupa. Kerana apa? Mujur(nasib baik) Tuhan buat lagu tu. Kalau serupa maka kena gantung tekuk(di tengkuk) nombor masing-masing. Hak mana bini(isteri) aku, oh hak nombor sekian-sekian.
Apabila tukang(Pencipta) yang buat manusia serupa(sama). Maka sistem mengurus manusia pun serupa. Jaga halal haram. Benda halal serupa untuk semua orang. Arak haram, rasuah haram, orang putih ko orang hitam ko, benda haram tetap haram. Kerana Tuhan sa(satu/esa) agama sa(satu). Bumi serupa, bentuk kerajaan serupa(sama). Cara nak bentuk kerajaan mesti ikut kehendak Tuhan. Kalu di rumah perdana menterinya ialah pa(bapa). Menteri kewangannya mak(ibu). Ini ketua yang jaga rumah tanggal. Pah(kemudian) nya kampung dijaga oleh tok gawa(tok penghulu/pengawa). Atas lagi dijaga DO, atas lagi dijaga oleh MB, atas lagi dijaga oleh PM, semua sekali(begitulah seterusnya). Itu sistem kita, tak apa lah. Asalkan sebagaimana hak Tuhan nak.
(28:06) bersambung...

Friday, 27 March 2015

Catatan Kuliah Tok Guru (015)

Catatan kuliah tok guru (015)


Di akhirat kelak tak makan nasi dah, tak naik keta(kereta) dah, tak gapo lagi weh(tok guru bertanya) tidok gapo dok. Tak kecing berak (buang air) dah. Yang ada ialah hidup, seronok. Dunia lo ni(sekarang) nak makan masuk dapur, nunggu(menunggu) sampai orang tino(isteri) kita leleh jelir(tersangat letih) berair mata mata, nanak masuk asap dalam mata. Kadang-kadang gas pecah, hagus rumah.
Akhirat kelak dok(tidak) akhirat kelak gapo(apa) hak (yg) mu nak boleh selalu(serta merta). tak payah picit butang,Tak payah gi dapur, nak mari(Terus datang). kita kata eh belah mana (hairan bagaimana) belah mana lagu mana (tak perlu hairan) nanti akhirat lah.
Demo(anda) mati kawe( tok guru) mati, masuk syurga ,isyaAllah lagu tu jumpa. Yang royat(bagitahu) barang ni ni(perkara ini) bukan tok guru jah, bukan tok lebai dok, yang royat lagu ni mari daripada Quran. Siapa dia Quran, mari Allah. Siapa dia Allah, Allah yang buat dunia dan buat akhirat. Nak kata enginear Dia lah, nak kata arkitek Dia lah, nak kata planner(perancang) dunia Dia lah. Allah beritahu kita lepas mu mati, depan mu ni, lepas mu mati, tanam masuk kubur, mu hidup cara(ikut cara) dalam kubur. Bila hidup dalam kubur bila(jika) mu taat pada Allah, jadi masalah(perkara) politik, masalah mengundi dan semua, buat serupa Allah nak. Bila masuk dalam kubur Allah bagi tengok selalu(terus) ko kita syurga, kita tak masuk syuga lagi, tapi Allah buka pintu syurga. Nampak dapur nya, katil nya, serba mokniko(serba serbi) benda hak kita nak atas dunia loni, di akhirat kelak mu akan jumpa benda hak mu tak rajin(pernah) tengok, benda hak hati perut tak rajin terlintas(lintasan perasaaan). Dan benda hak telinga mu tak rajin dengar, serupo hak nak gapo sekali(semua yang nak apa-apa pun).
Allah nak royat(bagi tahu) lebih mu pun tak reti(faham), benda hak yang akan datang. Serupa ko(perumpamaan) kita royat ko budak ( kepada budak kecil) awang, anak kita umur 2 atau 3 tahun. Awang kalu lulus sekolah gat(jadi pelajar cemerlang) boleh jadi pemimpin tanah air, boleh gaji besar. Dia terlengok dengar(tak faham) gapo cik(ayah) gaji besar? Budak kecik(kecil) mana dia reti. Cuma ko( sekadar) kita royat budak, kalu lulus periksa ayah beli cokelat(gula-gula) ha cokelat dia reti.,anak patung, bola , dia reti.
Begitu juga akhirat, Allah taala sebut neraka, sebut syurga, padan-padan dengan otak manusia boleh reti. Hak lebih daripada tu, kalau tebin royat( bagitahu juga) orang tak reti.
Oleh itu para hadirin semua,
Satu pekara yang imam ghazali sebutnya ialah dunia tempat kita menanam untuk nak makan di akhirat.
Dan ugama ni tak sempurna kalau tak ada dunia. Tak ada orang yang boleh masuk syurga kalau tak melalui dunia dulu. Orang, beranak-beranak(dilahirkan) terus masuk surga selalu. Tak boleh. Kena lalu kot(ikut) dunia dulu. Baik,(sama ada)orang cina, baik orang arab, baik orang melayu, nak boleh ko syurga atau neraka di akhirat kelak kena lalu kut dunia dulu. Dia kena hidup atas dunia.
(22:10) bersambung

Catatan Kuliah Tok Guru (014)

Catatan kuliah tok guru nik abd aziz (014)


Nabi muhamad saw tidak pernah dipilih dalam pilihanraya. Dipilih oleh Allah, sebagaimana nabi isa dipilih oleh Allah. Nabi musa nabi ibrahim dipilih oleh Allah sendiri. Kerana apa, kerana apa, itu Allah taala punya pilihan(hak Allah). Allah pilih nabi muhammad perlantikan nabi muhamad saw bukan dibuat secara umum, tapi pelantikannya dibuat di gua hira. Nabi saw bertapa(uzlah), makan cukup pakai cukup sebab orang tino dia kaya. Serabut perut( tidak senang hati) dengan orang arab mekkah. Khadijah orang kaya tapi pilih nabi saw sebab dipercayai. Kecek(bercakap) betul dan amanah, dua perkara ini menyebabkan siti khadijah pilih dia buat tok laki(suami) . Allah taala pilih dia pula buat nabi.
Dalam taurat lagi telah sebut akan lahir seorang nabi, nama sekian-sekian, tubuh badan sekian-sekian. Semuanya Allah sebut dalam .yahudi dan nasara kenal nabi muhammad saw. Sebagaimana ibu bapa kenal anak, kenal suara anak walaupun dalam gelap. walaupun rama(ramai) sekalipun.Begitulah yahudi kenal nabi saw.
Para hadirin sekalian,
Kesimpulan nya, bila nabi muhammad saw dilantik jadi nabi, dia (baginda) berdakwah, nak kata dakwah nak kata ceramah nak kata usrah nak kata mengajar ko, kata gi lah( terserahlah). Yang penting nabi nya nabi saw cakap (berdakwah) kepada umatnya. Nabi isa as, jak(sejak) nabi nuh as hingga nabi muhammad saw, royat royat( dakwah berterusan). Sebat(sebab) itulah kita di kelantan buat kuliah hari-hari( setiap hari) jumaat kita buat mengajar. Dulu kita buat ngajar, ambo ngajar di masjid muhammadi malam , ngajar tiap malam jumaat. Sebab itu bila naik(menang ) parti lain , ambo mari ngajar di pejabat pas, mari rama (ramai pendengar datang). Bila ramai tak muat, kita pun buat tanah(di bawah), minta polis trafik jaga dan berterusan hingga kini. Mudah-mudahan akan berterusan. (insya Allah : suara pendengar)
Baik. Dalam banyak-banyak benda(perkara) hak (yg) nabi muhammad saw ajar melalui al quran ialah ayat hak kita baca tadi, hak hari ni nya ambo nak sebut, kita rajin(selalu) dengar nama imam ghazali, imam ghazali ni kalau mengikut kita gak, orang sufi orang tasauflah, dia mengarang kitab bidayatu hidayah dia mengarang kita ihya ulumiddin, banyak kita kitab dia yang dibaca di pondok-pondok . Satu daripada tulisan dia dalam kitab ihya ulumiddin, ihya maknanya pehidup balik ilmu agama. Gapo (apa) dia tulis , dunia ni tempat menanam , untuk makan di akhirat.
Kita bangun pagi celek mata gi padang( pergi ke bendang) kerana poh (kenapa), nak gi menanam padi, gi hutan kerana poh nak gi nanam getah. Gi ke laut kerana poh, nak gi mukat( menahan jala). Gi masuk bukit kerana poh, gi nak tebang balak. Tanam padi, nanam getah, mukat, korek bijih, semua nih , kita mesti ingat cadang nak makan di akhirat.
Tidak makna boleh(dapat) pitih(duit) nak makan lo (segera/sekarang) boleh pitih bini(kawin) , tak bukan setakat tu, nak bini, bini gi lah. Tapi cekera( biarlah) bini kita boleh bawa pah (sehingga) akhirat. Nak buat rumah ko buat gi lah tapi cekera rumah kita boleh linding daripada tari(matahari) di akhirat. Buat tu atas dunia tapi jangan berhenti setakat dunia, biar bawa ke akhirat, kerana dunia membawa/ tempat makan di akhirat.
(18:48) Bersambung...

Catatan Kuliah Tok Guru (013)

catatan kuliah tok guru (013)


Bila tanam semula maka kita pilih baka yang baik, baka yang molek ini ialah baka yang tahan lama. Lama tak lamanya, kalau tanam getah, tanam sawit atau bentuk kerajaan biar sampai ko akhirat. Kerana hidup kita ni sebagai manusia bukan setakat 5 tahun jah. Teruhhh(berterusan) sampai ke akhirat.
Tiap-tiap manusia pasti mati, setiap orang sikit pun kena rasa juga. Orang sihat, mati. Orang sakit samotelah( lagi-lagi lah) mati. Budak kecil, mati. Orang tua, mati. Tok bomoh pun mati juga. Dan doktor juga mati, bila mati ...mati ini adalah proses hidup. Sebagai kita lahir adalah proses, hidup dalam perut mak, 9 bulan cahaya matahari pun tak ada. Nasi tak ada, beras tak ada, tapi hidup cara(ikut keadaan) dalam perut. Bila keluar ke muka bumi, beranak(dilahirkan), dia perlu beras, nasi. Orang laki nak ko orang tino(perempuan), orang tino nak ko orang laki(berpasangan).
Allah...(mengakui kebesaran) nak gapo lagi weh. Nak pitis. Bila mati, mati tu pun kita hidup juga, dalam kubur tu , cuma kita tak rajin(pernah) rasa sekali abut(sama sekali) . Kita masuk kubur, hidup juga cara dalam kubur. Kita tak kandak(berkehendak) pada nasi, tak kandak pada beras, tak kandak pada rumahtangga . Tapi berkandak pada pahala.
Setiap yang hidup akan mati, dan kamu akan dibayar sepenuhnya. Susah payah kita . Susah payah kamu sembahyang akan dibalas. Susah payah kamu tak sembahyang juga akan dibalas.orang sembahyang belaka, malunya aku, tutup pintu, tutup radio takut orang tahu, juga akan dibalas Allah akan bagi neraka.
Sebarang benda termasuk mengundi. Bila kita mengundi akan membentuk kerajaan. Tidak ada hak tiada kerajaan. Pergi ke eropah pun ada kerajaan, kerajaan hak(yg) nabi muhammad saw bawa berbeza dengan kerajaan lenin(komunis) bawa, semua ada cara dia. Nabi muhammad saw ada cara dia, nabi muhammad saw adalah dilantik oleh Allah taala. Nabi muhammad saw tak pernah dipilih dalam pilihanraya.
Bersambung

Catatan Kuliah Tok Guru (012)

Kuliah tok guru nik abd aziz (012)

Dua, supaya kamu jalan(kan) hukuman penuh adil. Tiga, sesungguhnya Allah sebaik-baik penasihat, yang memberi nasihat kepada kamu semua. Keempat sesungguhnya Allah sangat(Maha) mendengar percakap kamu dan semua sekali. Dalam satu ayat diulang tiga kali kalimat Allah. Supaya manusia sedar dan jangan main-main.
Wahai orang beriman, semua orang mukmin. Dia(ayat tu) tak kata semua orang arab, dia tak kata hey orang melayu, dok(tidak). Wahai orang mukmin, wahai orang arab mukmin, tidak arab kafir, tidak munafik. Kalau hak(yg) mendengar ni melayu, maka melayu mukmin, tidak melayu kafir, tidak melayu munafik .
Wahai semua orang mukmin taatlah Allah, yang kedua kamu semua kena taat pada Rasul. Yang ketiga uluamri minkum, kepada pemerintah daripada kamu. Minkum dhomir jamak orang panggil(sebut) . Hey orang mukmin, arab, melayu, cina, orang putih mukmin . Taat pemerintah daripada kamu, bukan sebarang pemerintah, yang memerintah tu orang mukmin bukannya orang kafir. Hak kafir tak soh taat, hak munafik tak soh taat.
Yang kelima, kalau timbul perbalahan. Fi sai in, apa-apa pun . Anak-anak kita hak belajar bahasa arab dia panggil sai in sbg isim nakirah, umum. Sebarang perkara timbul balah, masalah rumah tangga ko, masalah mengundi ko, masalah ekonomi ko, appa (apa) saja yang timbul masalah, siapa yang menyelesai. Faruddu ila. rujuk balik, tanya semula Allah, tanya semula rasul. Tanya Allah maknanya buka quran, tanya rasul maknanya buka hadis.
Para hadirin semua, itu asas pengajian kita pagi ni.
Jadi ambo sebut sekali lagi, bila parlimen dibubar, dewan negeri juga dibubar. Dan semalam ambo ngadap(mengadap) tuanku, minta tetap tarikh bubar, kita akan mengundi kali kedua(sekali lagi). (perumpamaan) Kalau getah tua kita tebang tanam semula. Sawit tua kita tebang tanam semula. Ubi kayu tua, ubi setelo tua, gapo lagi weh(minta pandangan pendengar). Kunyit tua, tanam semula.
Pilihanraya dibuat semula untuk membentuk kerajaan , ada setengah negeri lima tahun sekali, ada setengah negeri enam tahun sekali. Bila habis tempuh yang pertama, kita panggil tua dah hak tu maka kita pilihanraya semula. Betul macam tanam getah semula.
Bersambung.

Catatan Kuliah Tok Guru (011)

kuliah tok guru nik aziz (011)

( kuliah pada 4 april 2014)

Para hadiran sekalian. Apa nama ni. Dua hari lepas yab perdana menteri istiharkan parlimen dibubar dan akan diadakan pilihanraya baru. Ambo sebut ni dalam kuliah ni, supaya para hadirin sedar bahawa tidak sembahyang puasa nya(hanya) kerja agama, tidak nikah kawin jah kerja agama. politik dan memerintah negeri juga kerja ugama(agama). Tidak hanya janggut sunnah nabi, tidak hanya (pakai) serban sunnah nabi, bahkan memerintah juga sunnah nabi. Sama-sama(semuanya) sunnah, cuma oleh sebab kita ditekan jak(sejak) 100 tahun, bermula mustafa kamal atatuk buang Islam di turki , sebab tu berjangkit ko negeri-negeri arab. Sampai ke negeri kita pun berjangkit juga. Maka disebut-sebut ugama lain politik lain, ni rancangan jahat yang dibuat oleh orang puteh, supaya dunia ini dikuasai oleh puak-puak dia. Tidak dikuasai (hakikatnya) oleh Allah swt, sedangkan dunia ini hak (yang) Tuhan buat. Manusia, balak, sawit bijih, mas(emas) hampir semua-semua hak Allah taalah buat semua. Bakpo(kenapa) yang manusia pandai-pandai nak kuasai tak diberi pada Tuhan yang mengusai.
Jadi para hadirin sekelian,
Hari ni nya ambo bawa kitab syumul Islam karangan dr yusuf alqaradawi, minta Allah panjangkan umurnya. Islam yang lengkap.
Kita baca ayat dulu, surah annisa ayat 58-59.
Surah An-Nisa, Verse 58:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Surah An-Nisa, Verse 59:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Makna dia, sesungguhnya Allah . Allah taala guna kalimah inna, sesungguhnya memerintah kamu , beritahu kamu, supaya kamu serah amanah kepada orang yang berkenaan, satu. Yang kedua, bila kamu buat keputusan atau hukum bila manusia berbalah...
Bersambung.

Catatan Kuliah Tok Guru (010)

(catatan pada kali ini akan mengunakan bahasa baku)
Allah yang membuat hambaNya. Dan disiapkan bersama -sama hamba itu bumi. Bersama-sama juga udara dan butiran beras dan gandum. Apa yang harus diberi makan. Apabila dia dapat makan dengan sempurna maka jangan fikir itu bermakna Allah sayang padanya.

Allah nak suruh dia bertaubat, biar dia belajar dan mengikuti kuliah sehingga dia faham bahawa selama ini dia dapat maka adalah semata-mata Allah itu bersifat latif. Sepatutnya jika orang kafir main kasar maka Allah akan matikan semua orang kafir. Tetapi Allah tetap memberi dia makan, tetap memberinya kaki untuk ke tempat kuliah. Dia diberi mulut untuk bertanya, diberi fikiran untuk memikir. Seorang tok guru harus mampu untuk menjawab soalan daripada orang kafir. Sekiranya tak dapat jawab maka tunggu esok atau bertanya ustaz yang lebih tahu. Jangan sekali-kali kita marah kepada orang yang bertanya kepada kita. Sekiranya dapat jawab soalan yang diajukan maka kita jawab . Namun sekiranya tidak mampu jawab maka kita perlu sedar bahawa ilmu yang dimiliki masih belum cukup.
Zaman sekarang sangat mudah untuk mendapat ilmu kita banyak. Internet pun banyak kita boleh bertanya.
Saya masih ingat almarhum ayah saya. Dia belajar dari tok guru wan musa iaitu orang alim dari pasir pekan, bekas mufti kelantan. Satu dari sifat tok guru wan musa ialah pencil sentiasa ada di celah telinga. Tujuan untuk memudahkan penulisan dan dia sentiasa menulis. Keadaan ini membuatkan beliau mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain. Begitu jugalah dengan tok khurasan, ayah saya selalu berguru dengan tok khurasan, beliau adalah orang darj afganistan. Oleh kerana dia orang luar dan berhijrah ke sini tentulah banyak yang dibawanya berbeza. Sama lah apabila kita ke mekkah banyak perkara yang pelik ditemui. Jadi apabila kita bertemu sesuatu yang pelik dan agak berbeza maka sewajarlah untuk kita mengkajinya. Itu sebabnya orang jauh perjalannya akan menjadi cerdik.
Cerita yb che lah, dia telah pergi ke china pada musim sejuk. Tapi yang menghairankan ialah masjidnya penuh. Waktu subuh yang sejuk dan ahli yang ramai namun tiada siapapun yang berbial-bual, masuk masjid baca alquran. Berbeza dengan kita di sini, masuk masjid terus bersandar di tiang. Sudah berapa kali ditegur tapi masih ulang hal yang sama. apabila orang qamat, tapi dia masih lagi duduk di situ. Tok lebai yang pakai kuliah tetapi malas yang hangit. Perbuatan yang tak elok ini ditiru pula oleh yang muda. Ini semua membuatkan saya marah, sekiranya saya ini syaidina umar, saya simba dengan air panas. Peragai kita masuk masjid masih lagi malas, tidak boleh tengok tiang. Terus nak buat tempat bersandar.
Kesimpulan. Kita harus ubah sikap. Orang china bila bertanya orang melayu. Mereka bertanya adakah orang malaysia itu islam. Kita ingatkan dia tak islam tapi dia lebih islam daripada kita.
Itu sebabnya Allah adalah latif dan memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki. Allah lah yang beri kita air dan udara. Dalam udara ada oksigen dan nitrogen dengan kadar yang tertentu. Siapa yang membuat kadar tertentu ini kalau tidak Allah taala. Di atas dunia ini tak sembanyang boleh maka dan sembahyang pun boleh makan juga. Tetapi jika di akhirat jangan berharap keadaan seperti inj juga.
Pada hari akhirat adalah giliran Allah melupai mereka yang melupaiNya semasa di dunia.
Tamat lah kuliah tok guru kali ini yang disampaikan pada 27 dis 2014.

Catatan Kuliah Tok Guru (009)

Dalam satu hadis lain hadis qudsi. Apabila seseorang mati ada dua perkara hok teriak( yang menangis) pertama. Tempat sujud.( kita sembahyang atas dunia ni tempat sujud rasa bahagia. Aku dijadikan tempat sujud oleh mamat oleh timah. Bila kita mati tak sujudlah kita. Mati dah la. Teriak dia. Yang kedua tempat naik amalan. Contoh ambo dok(sedang) ngajar adik kakak dok dengar orang panggil amal. Amalan ini ialah aktiviti.
Apa saja yang kita buat dikenali sebagai amal. Duk(berada) di kedai kopi. Berbual. Amal ini malaikat buat(bawa) naik. Malaikat siang jaga amalan siang bila maghrib naik. Hak (yang) jaga malam turun pula jadi amal ini dia naik. Sama lah dengan telefon apabila kita pecek(tekan) tak masuk line orang. Line orang dia pecek tak masuk lain kita. Dia ada saluran dia. Kita heran(hairan) juga nya ambil mana puak-puak(ahli-ahli) sains pandai nya buat dia.
Jadi sebagaimana line orang tak masuk line kita maka begitu juga dengan amalan. Naik ke langit bila kita mati maka line ni kosong. Teriak(menangis) dia. Emm tak naik lah amalan seleman(nama sulaiman). Tak naik lah amalan jenab kerana jenab mati. Benda-benda(hal-hal) begini menyebabkan kita rasa sokmo(selalu) rasa nak sujud. Jangan wi (bagi)jadi amalan kita yang naik amalan yang jahat. Malu kita di akhirat kelak. Sejak dari baligh hingga mati nak kata berapa ribu atau juta amalan kita naik ke langit. Jadi kalau boleh biar amalan kita hak naik ni amalan yang baik. Aset kita di akhir kelak. Jadi benda-benda lagu ni kena ingat para hadirin semua.
Sebat tu lah (justeru itu) kata dia nak kiamat bila. Kiamat gi lah(terserahlah).serupa kita kata polis nak biat roadblock, roadblock gi lah. Kita ada lesen ada roadtax tayar kereta tak botak(licin) dan sebagainya. Aku sudah siap semua. Ha tu dia duduk (begitulah keadaan sebenarnya.)
Ingat wahai muhammad saw bahawa orang yang tak percaya kiamat ini. Iaitu orang yang ragu kiamat. Contoh orang Melayu yang tolak quran dan ambil kebangsaan. Orang lagu ni sah dah(pasti) ragu pada hari kiamat. Kalau yakin pada kiamat dia tak tolak islam. Tolak islam ambil gapo. Ambil demokrasi. Demokasi ni hak orang buat. Amerika ko buat. Dia reti(tahu) gapo tentang kiamat. Amerika dengan melayu sama jah. Sama-sama bodo(bodoh) belaka. Cerdik nya kita ini ialah apa bila kita bergantung dengan orang cerdik. Dan orang paling cerdik atas dunia ini ialah nabi muhammad saw. Kerana apa, kerana fatonah . Di ajar oleh jibrail as. Nak cari orang yang lebih cerdik selain nabi muhammad tak ada lah.jibrail. bukan barang internet dok.
Wahai muhammad saw ingat sa lagi bahawa Allah taala bersifat latif. Orang kita buh(bubuh) makna latif sebagai lemah lembut. Kena atau tidak terjemahan latif sebagai lemah lembut ni. Tak tahu lah. Tapi sementara jumpa terjemah lain kita guna dulu. Sebab tu lah hati lemah lembut seni. Apabila barang seni dia jadi pelik tidak nampak. Contoh keretapi zaman hari tu(dulu) dia guna arang. Gagah juga. Tapi tak segagah bila dia guna elektrik. Tiap-tiap benda gagah dia jadi koho(semakin) nipis. Koho tak ada. Jadi Allah atas sebab bukan jenis(sifatnya berlawanan) kayu api bukan jenis elektrik. Tapi dia semata Allah. Yang gagah. Jadi Dia tak nampak (tak dapat dilihat). Tak dengar(tak dapat didengar) nak kecap dengan lidah tak leh. Kerana Dia latif. Jadi nak bagi nama apa latif. Tok guru dulu bagi nama lemah lembut . Tak apa lah kira lemah lembutlah. (keterangan: tok guru mungkin rasa maksud tu agak kurang tepat. Tapi nak cari makna/kata yg lebih tepat belum jumpa dalam bahasa melayu.)
Allah adalah bersifat latif. tidak berdendam dengan orang. Sekiranya Allah bersifat kasar nescaya Allah tak akan bagi makan sedikit abuk (tidak sama sekali) kepada orang kafir. Hak tak sembahyang. Hak tak puasa. Hak tak bayar hutang.hak rasuah hak tiris hak tembus . Hak gapo dio sekali ni. (semua perkara yg sama dgnnya). Kalau Allah bersifay kasar tentu dimapuh(dimatikan) semua sekali habis licin. tapi dengan sebab Allah latif maka diberi makan semua. Hak tak rajin(tak pernah) sembahyang pun boleh makan.
Bersambung

Catatan Kuliah Tok Guru (008)

( untuk orang kelantan anda tak perlu baca kata dalam kurungan. Kata itu hanya untuk orang luwau (luar) sahaja.)

Kedai krinting (salon) situ ada sini ada . Loni tak ada krinting rambut ( buat fesyen) tak ada guna sebab kena pakai tudung. Buka rambut ni aurat. Sebab itu nak sembahyang rambut nampak seurat(sehelai), batal sembahyang sebab terbuka aurat. Seurat rambut pun dah batal apa kata kalau sebutir (seluruh) kepala. Begitu jahilnya masyarkat kita caro ko ( lebih utama) buat jalan buat retak(jambatan) akhirat tak caro (peduli). Jahil lagu ni bo lah (tak payah lagi) undi. Jahil pah kita( jahil berjangkit kpd kita). Jahil ni orang buta.bersain(sahabat) dengan orang buta.Kita ada kereta tapi bui ko (bagi kepada) orang buta bawa kereta.?tepoh( Eksiden) mapuh( mati)
Orang tidak mukmin ( kafir) nak sangat kiamat. Sewaktu nabi ada di mekah....bumi mati.langit pun mati. Cuma orang tak panggil (sebut)mati. Orang panggil hancur. Rumah kita belah mana (setara mana) kukuh pun mati. Cuma orang tak panggil mati orang panggil runtuh. Jadi dunia ini akan mati serupa kita juga. Baik bumi baik langit( semua sekali). Dalam surah qadam( juz amma) dari surah amma yatasa hingga akhir tiada lain selain hari kiamat.
Kiamat maknanya bangun. Setiap orang yang mati mesti bangun apabila sampai tempoh nya. Rumput yang mapuh(mati) kena racun sampai masanya dia hidup balik. mari api (rumput) hidup balik. Kita ligan(pijak-pijak) dia. Hidup balik.Jadi benda(perkara) yang depan mata berlaku. Bakpo(kenapa) mu tak cayo(percaya). Jadi orang kampung (penduduk) mekah apabila nabi saw sebut bahawa kita hidup balik. dia(mereka) buat nyayi(mengejek). hey(wahai) muhammad saw bila kita mati tulang hak(yang) keras hancur le ek(lebur). Jadi pah bila kiamat. Buat ngayi. Lepah tu hey muhammad wat mari(sila datangkan) sikit nak tengok.
Sebenarnya orang beriman nak sangat kiamat. Tapi orang kafir gedebar perut(susah hati) dengar kiamat. Contoh kita lalu kot roadblock. Tak rungsing. Roadtax bayar. lesen hidup( belum tamat). Polis sekat tengah jalan. Tak ada apa(tak kisah).nak buat 5 kali sehari tak apa.kesiapan kita bawa. Nak turun tadi kita bawa belaka. Cukup lengkap. Tapi kalau budak kecil (remaja) bawa kereta .lesen tiada pah tu berekei(dibawa) ke balai polis.
Kita duduk(tinggal) atas dunia ini polis Tuhan dia tengok siang dan malam. iaitu rakib atib. Malaikat. Hari(malam) jumaat kita baca surah yasin. Inna nahnu nuhyi. Sesengguhnya Kami . Inna kami. Nahnu kami. Nuhyi kami. Tiga kali kami. Menghidupkan orang mati. Hey(wahai) muhammad saw royat (beritau) kepada semua orang bahawa Aku(Tuhan) akan menghidupkan semua orang mati. Dan Kami tulis semua apa yang manusia buat atas dunia. Lo lo ni(sekarang ini) ambo sedang bercakap . Adik kakak sedang mendengar semua ditulis oleh malaikat. Dan semua kesan. Tapak kaki kita ko. Tulis belaka.
Dan dalam satu hadis qudsi...
Bersambung..

Catatan Kuliah Tok Guru (007)

Sewaktu nabi saw balik dari bertapa(uzlah) di gua hira. Baginda rasa rungsing melihat keadaan orang mekkah. Judi. Bini 40 orang seorang. Merompak. Kalau dia keluar merompak waktu malam dan tak ada rumah orang maka dia rompak rumah adik beradik sendiri. Gapo lagi. Ambil duit orang tak bayar. Nabi saw pula dok tengok jah( memerhatikan saja) sebab belum jadi nabi dan tak ada ilmu tetang itu. Maka nabi saw pergi gua hira.
Sewaktu ambo mekkah . Tengok gua hira. Nak naik tapi masa turun lagu mano(macam mana) berusunglah aku. Tak jadi naik.
Setelah bertapa ada kata sebulan ada kata tiga bulan. Habis bekalan balik. Ambil bekal yang terdiri air zam-zam buah tamar dan sowiq. Orang panggil kuih keringlah. Lama-lama jibrail. Iqra bismirabbika hingga habis.jibrail ni nabi tak rajin tengok(tak pernah). Kaki jibrail tu sewaktu nabi saw cerita pada khadijah. Kaki jibrail itu gelap menutupi langit. Kalau tubuh pula tak soh kira (tak perlu diperbandingkan) lah. Tuan pulak setera mana? Jibrail ni nya konyok(peluk sehingga lemas) nabi saw. Sehingga nabi saw beritahu isterinya. Aku dekat-dekat nak mati. Tapi khadijah bagitahu ( bahasa ajuk) abang tak usah rungsing abang ni orang baik. Apabila abang orang baik maka Tuhan tak akan buat khenat (khianati) orang baik. Abang ni selalu ajak orang ke rumah untuk makan. (penerangan) orang tak kenal batang hidung tapi bawa balik. Ini peragai (sifat) ni sudah ada sebelum jadi nabi. Penerangan: tengok orang susah.pak cik mari mana . makan doh ko. Dok.ho Mari rumah ambo jemput makan.
Kita ni orang kelantan . Terkenal berehi (suka) jamu( membuat jumuan) . Orang kita ni rumah dia besar-besar tapi duit tiada. Dia rela buat rumah basar walaupun tak sudah cede (cadang) untuk buat jamu. Loni ada lagi ko tak ada. Tak apalah hak penting orang kelantan suka jamu. Pokok padi buting(masak) jamu. Buat naik padi atas rumah jamu. Nikah anak jamu. Masuk jawi(bersunat) jamu. Loni kalau boleh teruslah tradisi ini.Suka jamu.
ambo loni.Pagi tadi bederu(ramai) orang gi masjid nak cukur (rambut)anak. Lenguh belakang-belakang. Pesen orang kita ni usah nak ngekoh(aqiqah) anak . Gunting pun tak bawa.gi nak cukur kepala(bercukur) mana gunting nya. Tak ada. Lepas tu nak pinjam hak orang. Ho jangan. Anak kita tapi nak pinjam gunting orang. Kecil lagi sudah ajar minjam. Tentu dah nak pergi cukur kepada tapi tak bawa gunting. Mana air zam zam nya. Eh tumpah. Kata dia. Nak ambil hok orang. Jangan. Lengok-lengok kelik gitu( padang-pandang pulang begitu sahaja).
(sambung) abang ni suka pikul bebanan orang. Maknanya nabi saw tahu kalau orang itu anak ramai tapi harta tak ada . Lekat(ber..) hutang banyak. Nabi saw tolong gi bayar. Kedai tu kedai ni. Bayar pada siapa . Bukan waris(saudra mara) dia tapi orang kampung. Zaman itu pula bila berhutang ada riba. Beranak(bertambah).
Nak royat(bagitahu) pada kita bahawa nabi saw kita ini belum jadi nabi sudah berjurus(akhlak mulia). Setelah jadi nabi lebih berjurus. Pah bakpo tolak.(jadi kenapa tidak terima). Kenapa tolak ajaran nabi muhammad saw termasuk hudud.
Sebelum ni kita pegang kelantan tahun 90. orang tino(perempuan kelantan) rambut krinting.....
Bersambung.

Catatan Kuliah Tok Guru (006)

Kenapa kamu tiada kesiapan ( persiapan) untuk akhirat. Kesudahan sama ada neraka atau syurga. Yang orang panggil bermuka-muka(muanfik). Dia akan duduk di neraka. Orang munafik tunjuk islam hakikatnya tak percaya pada islam. Dalam islam ada 3. yang percaya pada islam dia mukmin. Yang tak percaya penuh dia kafir. Yang percaya lebih kurang di kenali sbg munafik. Kita kena ingat. Aku di atas dunia ini mukmin atau tidak. Kalau tidak mukmin maka kita kena usaha supaya jadi mukmin. Iaitu percaya. Waktu sembahyang tinggal semua perkara termasuk bual2. dan pergi sembahyang.
Begitu juga time(masa) bayar hutang maka kena bayar hutang. Walaupun susah setara mana sekalipun. Masa berbual dengan laki bini(suami isteri) maka bercakap dengan baik. Orang yang baik dengan nabi di akhirat ialah baik tutur kata dengan laki bini. Di akhirat samalah macam di dunia. Kita kena bergantung dengan orang. Ambo bergantung dengan adik kakak. Adik kakak bergantung dengan ambo. bergantung dengan adik beradik. Kalau ada masalah telefon adik beradil. Tiada orang yang tidak bergantung pada sesiapa.
Akhirat kelak nak bergantung dengan siapa. Nak telefon siapa akhirat kelak. Tiada orang yang boleh tolong kecuali satu. Yang kita panggil syafaat iaitu nabi muhammad saw. Sebab itu selepas bang(azan) kita diminta berdoa selepas azan. Antara makna hey(wahai) Tuhan berilah kepada dia( nabi muhammad) yang namanya di sebut dalam azan tadi tempat tempat terpuji. Allah taala janji ingin beri makam syafaat di akhirat kelak. Itu sebab bila kita ambil air sembahyang( wudhu) bila basuh muka. Imam ghazali tulis dalam kitab dia ( imam ghazali masyur dalam islam fiqah dan sufi) dia tulis bila kita basuh muka kita doa. Wahai Tuhan minta muka ku ini menjadi putih berseri. Ketika mana muka orang hitam di akhirat kelak. Akhirat kelak ada yang berseri putih dan muka yang hitam. Muka menjadi hitam kerana rungsing malu. Tak ada arah nak buat.( tidak tahu nak buat apa) dan ada orang muka putih berseri bahagia nampak senang. Contoh orang yang mari(datang) kota bharu ini bila berjalan kita boleh cam kalau muka nampak ceria pitis(duit) ada tu. Tapi kalau nampak muka kedut tak ada pitis lah tu.
Ahirat kelak lebih teruk lagi atas dunia kalau tiada pitis kita boleh berhutang. Boleh minta sedekah bahkan ada yg menipu dan merompak. Banyak cara untuk membolehkan kita hidup. Tapi akhirat kelak nak rompak apa ? Pitis dan mas(emas) tiada di akhirat kelak. Duit rm atau dollar amerika tak laku akhirat kelak. Tiada kedai kopi di sana. Tiada kedai beras di sana. Yang ada di sana ialah pahala. Orang yang ada pahala mukanya berseri. Pahala nak rompak macam mana. Ingatlah benda-benda(perkara) begini insyaAllah kita perbetul diri kita. Jadi masukkan dalam kepala kita. Kiamat ni dekat. Kiamat ni dekat. Malam ini atau esok. Bila kiamat mari pitis mas tak laku belaka. Pastikan duit yang kita cari atas dunia ini halal. Biar duit masuk dalam poket kita halal tubik(keluar) pun halal juga. Bantu orang miskin.
Bersambung

Catatan Kuliah Tok Guru (005)

sampai di teliga ambo orang belajar di universiti. Kata ko mak dia. Mak ambo nak kawin dengan orang kelantan. Mak budak yang nak kawin bila tahu orang kelantan. Tak soh lah. Bakpo (kenapa). Buat hamba. Orang laki bual kedai kopi. Hisap rokok berkebuk( berkepul-kepul) Bininya kena buat macam- macam. Betul ko dia. Orang kita bila kawin tak ingat tok imam kata bila tiga perkara makan minum kain pakai dan rumah tangga wajib atas tok laki ( suami). Kalau dia orang kaya juga kita orang miskin.maka wajib beri makan kadar-kadar kita.padan-padan (kadar) dengan ren ( kemampuan) kita. Dia kata eh tak rajin ( pernah ) makan lagu ni (macam ni) . Dah mu nak kat ku . Kata orang melayu cinta itu buta. Orang arab kata cinta itu boleh menyebabkan buta dan pekak. Tak kira belah mana belah mana (apa cara sekalipun) aku nak orang tu. Aloh orang tino (perempuan) lain belana(ramai) lagi. Tak leh aku nak ko dia. Tiba-tiba bini balik rumah buat hamba. Kain adik dia suruh bini basuh lagi. Jadi benda(hal) lagu ni pah ( hinggakan) ambo pun malu.
Berat..dah pikul (tanggung) buat apa kalu berat.
Baik (seterusnya) keadilan. mizan orang panggil pertimbangan cukup.Sebarang yang Allah turunkan dalam al-Quran semuanya adalah adil. Bila.orang tanya adil apa. Bila orang mati harta pusaka boleh banyak ko anak lelaki banyak banding anak puan. Adil lagu mana lagu ni. Adil bukan makna sama banyak tapi adil beri ikut tarafnya. Orang tino nak gapo lagi . Mas kawin untuk org puan. Rumah tangga kain pakai semua kena atas tok laki. Jadi kerja apa dia nak pitis( duit) sama banyak. Tu dia duduk ( itu keadaan sebenar) padan kalu boleh banyak pada orang lelaki. Semua atas tok laki belaka. Orang puan nak beli bedak jah. Gat bedak sikit jah. Tu dia duduk. Comel. Ini hanya sebahagian contoh jah.
Sa( selesai yang pertama)
Kamu tahu bagaimana. Kita tahu ada banyak ideologi sekular, nasionalis , demokrasi. Tak ada se abut (satu pun) yang sebut tentang kiamat.tokoh demokrasi tokoh komunis tak sebut kiamat. Nak sebut guano(bagaimana) sebab tak tahu. Petang ni nak hujan pun tak ada yang tahu. Jadi kiamat ini barang(perkara) yang akan datang. Dunia ini bukan kita yang buat Allah taala yang buat. Langit dan bumi Dia yang buat.
Jadi bila kita sebut islam. Tak boleh lari doh(semestinya) berkaitan kiamat. Kiamat maknanya balasan. Kiamat juga yaumi jamai. Hari berhimpun. Pada hari tu bumi akan dikocok(goncang) bukit bukau akan dipeleyek(dirata) habis licin. Itu janji Allah tukan yang buat bumi suatu hari nanti bumi akan diperacur. (Dihancur) .
Satu ajaran islam yg mu kena ingat iaitu nak buat gapo(apa) buat. Tapi satu hari nanti Allah akan balas. Bila balas ni iaitu hari qiamat. Hari saaqah. Hari ni turik teliga( bunyi yg memekakkan telinga.) Akan berlaku bumi keluar bunyi yg menyebabkan org turik teliga menyebabkan jadi rebah begitu sahaja. Kerana suara tu derah do oh(kuat sangat). Macam- macam nama yg Tuhan guna untuk tarik perhatian manusia. Kalau tak tertarik nama maka tertarik nama lain. Jadi bila orang melayu atau arab tolak islam ambil demokrasi. Itu tanda pemimpin dia tidak sebut tentang akhirat. Bila tal sebut kiamat maka orang tak sedia dengan kiamat. Yang rasuah terus rasuah. Hal nak tiris jadi tiris. Kerana apa. Kerana aku org besar aku PM aku mb aku pengawai polis besar. Tak ingat sikit abut( sedikit pun) bila dia mati dia hidup balik dan ditanya balik.
Bersambung

Catatan Kuliah Tok Guru (004)

Allah adalah nama bagi Tuhan. Orang melayu panggil Tuhan. Kalau orang besar kita panggil tuan. Kalau besar benar (sangat) kita panggil Tuhan. Nama apa. Atas dunia tiada pun orang islam yang bagi nama Allah . Sayang sangat pun tak akan bagi nama Allah. Cuma kalau nama Abdullah ramai. Abdul maknanya hamba atau kuli. Hamba Allah. Kuli Allah. Buruh Allah. Bila anak besar nanti akan betul jadi hamba Allah. Ikut apa.Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang.
Tak sah ( tidak usah ) bubuh nama yang tak tahu apa. Nama koksir ( tak tahu apa). Malu kita di akhirat nanti.nama anak kita dipanggil. Jadi pandai-pandailah kita bubuh nama.
Allah sebut Aku yang nama Allah. Aku yang turunkan kitab. Sebut turun.maknanya dari atas ke bawah. Quran ini nak bagi tahu pada semua orang tak kira siapa. Bahawa ia adalah barang ( sesuatu ) yang ada di atas. Dan tak sampai untuk sampai maka ia harus di bawa turun. nazzala.
Sekali ( kadang-kadang) diberi nama kitab. Sekali diberi nama Quran. Sekali diberi nama nur. Maknanya cahaya. kita bubuh (beri) nama anak kita muhammad nurr. Nak suruh jadi hati perutnya (hati) bercahaya.
Bermacam-macam nama diberi kepada quran dengan tujuan supaya nak tarik hati manusia kepada quran. Jadi disini disebut bilhakki. Iaitu membawa kebenaran. Percayalah bahawa semua yang dibawa oleh quran adalah betul. Tidak ada orang yang tak ingin perkara yg sebenar. Sama ada orang tua atau budak kecil. Orang kampung atau orang jahil nak perkara sebenar. Segala perbalahan berpunca daripada ada satu yg sebenar dan satu yang tidak benar. Baru-baru ni nya ada orang muda pergi ke.rumah ambo royat( bagitahu ) bini (isteri) dia lari. Gi royat ko ambo. Tak apalah . Ambo bagitahu orang tino (perempuan/isteri) ni bila dapat tok laki(suami) maka dia rela tinggal mak untuk ikut tok laki. Mak kandung dia 9 bulan. Lepas tu bernak( melahirkan anak) pula. Berdarah. Nak boleh bersalin. Selepas tu pula 40 hari pula duduk dapur dian (berpatang) lepas tu kekdung (dukung) pula. Patut-patut gak (seharusnya) tak tinggallah mak yang telah jaga dia. Tetapi bila dapat suami tinggal mak. Sayang nya bini pada tok laki. Tapi kalau bini mu lari sah dah mu jahat atau adik beradik mu jahat atau mak mu( mertua isteri) jahat.pandai sangat sampai bini lari. Orang tino( isteri) tak lari kalau suami baik. Nak lari apa kalau tok laki betul benar ( baik).
Sebelum kita bini( kawin) dengan orang tino kita. Nak tengok haram nak jamah(sentuh) haram. Nak duduk sekali(bersama-sama koho(bertambah-tambah) lagi haram.nabi kata jadi halal belaka bila kiat ijab kabul. Tiba-tiba lari. Bak po( kenapa) boktan (kerana) mu lah.
Senyap dia. Angkat punggung kelik ( bangun dan pulang) kena atas butir bokali.( kena tepat pada dirinya).
Bersambung...

Catatan Kuliah Tok Guru (003)

Catatan kuliah tok guru (siri 003)
Oleh : abu waiz.
(sewktu ingin melelapkan mata saya teringat pada tok guru maka saya pun mencatat)
27 dis 2013
Surah as shura bermula ayat 17.
Surah Ash-Shura, Verse 17:
اللَّهُ الَّذِي أَنزَلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ وَالْمِيزَانَ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ قَرِيبٌ
Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).
Allah yg menurunkan kitab membawa kebenaran. Dan keadilan. Saksama. Bagaimana kamu tahu boleh jadi kiamat dekat. Orang- orang yang tidak yakin dengan kiamat dia.nak.benar kalau boleh kiamat itu dekat.dia ejek.dan buat ngayi ( pesenda) ajaran islam. Sebaliknya orang yang yakin. InsyaAllah Allah masukkan kita orang yang mukmim. Gerun pada kiamat. Bila dia dengar kiamat . Tapi orang yg jahil dia nak kiamat cepat. Kerana orang mukmin tahu kiamat itu benar. Hey (wahai) muhammad (saw) bagitahu mana-mana orang yang meragui . Tak berapa percaya dengan kiamat maka sesungguhnya mereka sesat yang sangat jauh.
Para hadirin sekelian.
Bersama dengan kita ni ada menteri besar. Boleh jadi dia telah cerita tentang kunjungannya ke brunei. Brunei janji nak bantu kita dalam soal hudud.
Hudud benda (pekara) wajib .sama dengan sembahyang juga wajibnya tapi kerana sebab negara kita ni lama sangat diperintah oleh orang kapir . Jenis (nama)jepun jenis inggeris baik pun jenis prancis di timur tengah. Orang ni adalah orang kapir . Tak tahu kiamat. Tak tahu apa benda. Quran pun tak rajin(pernah) baca. Kalau orang baca pun dia marah. Maka timbullah masalah sekarangnya nak buat hudud payah. Negeri kita ni ada undang-undang khusus di pusat menyebabkan tak boleh.
Malaysia ni ada rakyat yang kena gantung sampai mati. Kerana kes dadah kerana kes senjata apai dan sebagainya. Gantung sampai mati. Beratus dah agaknya rakyat malaysia digantung sampai mati. Tak sibuk pun. Kerana di negara luarpun ada juga gantung sampai mati dinegera luar. Bila orang puteh buat maka negara kita buat tak pelik lah. Tapi hudud ni ada hudud yg tak mati pun. Tapi marah juga kerana orang puteh tak pernah buat. Jadi otak kita ini masih lagi dijajah. Orang panggil penjajahan pemikiran.
Namun di kelantan ini kita telah banyak membuat perubahan-perubahan yang menyenangkan orang dan tidak menyusahkan orang. Contoh bank riba. Dulu riba tiada siapa pun cara( peduli) PM tak kata apa tok guru tak kata apa. Riba gat riba. Sebabnya orang puteh buat riba. Tapi bila kita buang riba telah menyebabkan bank- bank di malaysia ini telah membuat dua kaunter jadi Ahlamdulillah.
Baik ayat hari ininya ialah.
Bersambung

Catatan Kuliah Tok Guru (002)

Catatan kuliah tok guru nik abd aziz.
Di atas dunia ini ada orang boleh merompak ada orang boleh mencuri. Tapi di akhirat nanti nak mencuri apa. Tiada apa di akhirat nanti hanya ada pahala. Hanya pahala yang laku di akhirat nanti

Catatan Kuliah Tok Guru (001)

Catatan kuliah tok guru.
Wahai tuhan ajarlah kami perkara yg kami.masih jahil. Dan berilah kami ingat semula.pekara yg kami yang kami telah lupa. Berilah kami ilmu sehingga Engkau puas hati.
Para hadirin sekelian.
Hari 24 rabiulawwal. Maknanya kita masih lagi berada dalam bulan maklud ( maulid) dan ambo sebut dah minggu lepas bahawa nabi muhamad saw adalah orang yang dipilih sendiri oleh Allah taala. Kalu loni ( kini) kita panggil tok wakil( wakil rakyat). Tok wakil Allah di atas muka dunia( bumi) . Melalui wahyu.ilmu.yang dikirim melalui nabi dikenali sbg wahyu. Wahyu ini dibawa oleh jibril.as. gelaran bagi jibril ialah alruhul amin. Dia adalah ruh yang penuh amanah. Kerjanya ialah bawa wahyu sejak nabi-nabi terdahulu hinggalah nabi muhammad saw. Dan dalam banyak-banyak doa. Doa yang nabi tinggal yang kita diminta baca pada sebelum subuh. Iaitu wahai Tuhan yang menjaga malaikat jibril.mikail dan israfil . Tiga malaikat yang dikira tonggak.menjaga manusia . Bukan jaga orang melayu sahaja. Bukan jaga orang arab saja. Jaga orang melayu orang arab orang puteh jerman jepun orang asli semua. Jibril bawa wahyu. Tiada erti manusia jika tidak ada.wahyu dari langit. Wahyu daripada Allah yang Membuat kita. ibu bapa tak buat kita. Doktor tak buat kita. tok bidan tak buat kita. Yang buat kita ialah Allah. Kemudian Dia ajar kita melalui wahyu. Wahyu dibawa kepada nabi muhammad kepada orang tidak kepada lembu kuba ( kerbau) ayam itik. Kalau dia orang maka dia kena sedar. Yang beri cahaya, makanan udara kepada kita.
Allah pelihara kita supaya. Supaya yang banyak. tapi pagi tadi . Pagi jumaat kalu kita hidup bersama nabi dan sembahyang belakang nabi. Biasanya rakaat yang pertama kita baca surah sajadah. Rakaat yang kedua kadang-kadang baca surah al-mulk.dan kadang-kadang surah al- insan. surah manusia. Kita kalau manusia tak.baca surah manusia. Bodo kita. Sebab itu ada ayat yang supaya nabi bagitahu kepada kita yang hidup hari yang belum lahir atau yang telah mati. Jangan kamu ikut apa yang kamu tidak tahu. Kamu jangan turut pekara yang kamu tak reti. Kamu jadi orang buat gapo( apa) tak reti(tahu) kamu turut juga. Orang ialah tempat duduknya ilmu. Malaikat. Tuhan tak bagi ilmu. Jin iblis tak diberi ilmu yang diberi ilmu ialah orang. Kita ni orang bukan lembu kuba(kerbau) bukan bukit bukau. Kita orang kemudian tak belajar maka apa guna jadi orang. Ketika itu lah Tuhan kata kamu seperti binatang. Bahkan lebih teruk daripada binatang. Tuhan marah pada manusia yang hidup tak ngaji(belajar).
Ilmu yang kena belajar yang penting sekali ialah al-Quran. Ilmu-ilmu yang lain diguna untuk membantu kita memahami al-Quran. Ilmu semuanya datang dari langit. untuk manusia bukan datang daripada cikgu bukan datang daripada orang putih. Yang rajin akan dapat yang malah(malas) maka bodo dia.
Minggu lepas kita sebut dulu kita kena selawat sokmo jangan hanya tunggu bulan moklud (maulid) sahaja.