catatan kuliah tok guru (013)
Bila tanam semula maka kita pilih baka yang baik, baka yang molek ini ialah baka yang tahan lama. Lama tak lamanya, kalau tanam getah, tanam sawit atau bentuk kerajaan biar sampai ko akhirat. Kerana hidup kita ni sebagai manusia bukan setakat 5 tahun jah. Teruhhh(berterusan) sampai ke akhirat.
Tiap-tiap manusia pasti mati, setiap orang sikit pun kena rasa juga. Orang sihat, mati. Orang sakit samotelah( lagi-lagi lah) mati. Budak kecil, mati. Orang tua, mati. Tok bomoh pun mati juga. Dan doktor juga mati, bila mati ...mati ini adalah proses hidup. Sebagai kita lahir adalah proses, hidup dalam perut mak, 9 bulan cahaya matahari pun tak ada. Nasi tak ada, beras tak ada, tapi hidup cara(ikut keadaan) dalam perut. Bila keluar ke muka bumi, beranak(dilahirkan), dia perlu beras, nasi. Orang laki nak ko orang tino(perempuan), orang tino nak ko orang laki(berpasangan).
Allah...(mengakui kebesaran) nak gapo lagi weh. Nak pitis. Bila mati, mati tu pun kita hidup juga, dalam kubur tu , cuma kita tak rajin(pernah) rasa sekali abut(sama sekali) . Kita masuk kubur, hidup juga cara dalam kubur. Kita tak kandak(berkehendak) pada nasi, tak kandak pada beras, tak kandak pada rumahtangga . Tapi berkandak pada pahala.
Setiap yang hidup akan mati, dan kamu akan dibayar sepenuhnya. Susah payah kita . Susah payah kamu sembahyang akan dibalas. Susah payah kamu tak sembahyang juga akan dibalas.orang sembahyang belaka, malunya aku, tutup pintu, tutup radio takut orang tahu, juga akan dibalas Allah akan bagi neraka.
Sebarang benda termasuk mengundi. Bila kita mengundi akan membentuk kerajaan. Tidak ada hak tiada kerajaan. Pergi ke eropah pun ada kerajaan, kerajaan hak(yg) nabi muhammad saw bawa berbeza dengan kerajaan lenin(komunis) bawa, semua ada cara dia. Nabi muhammad saw ada cara dia, nabi muhammad saw adalah dilantik oleh Allah taala. Nabi muhammad saw tak pernah dipilih dalam pilihanraya.
Bersambung

No comments:
Post a Comment